Viral

[VIDEO] Queen Of Vocal, Tepat Ramalan Netizen Aina Abdul Juara Idol Vokal Mania

[VIDEO] Queen Of Vocal, Tepat Ramalan Netizen Aina Abdul Juara Idol Vokal Mania
Rasaflix

Sharing is caring!

Selepas 2 bulan berlangsung, program Vokal Mania 2020 telah melabuhkan tirai dan mengumumkan Aisha Retno dinobatkan sebagai juara Rookie manakala juara bagi Idol ialah Aina Abdul. Kejayaan tersebut sekaligus melayakkan Aina Abdul membawa pulang pelbagai hadiah lumayan termasuklah wang tunai berjumlah RM50,000, manakala Aisha dengan RM30,000.


BACA: [VIDEO] Tak Sengaja Padam Puluhan Ribu Chat, Pemuda Nangis Depan Girlfriend

[VIDEO] Queen Of Vocal, Tepat Ramalan Netizen Aina Abdul Juara Idol Vokal Mania

Vokal Aina Abdul jarang tak memukau…berjaya tewaskan tiga Idol lain

Penyanyi berusia 27 tahun ini berjaya menewaskan 3 Idol lain iaitu Lan Solo, Tomok serta Indah Ruhaila. Menyanyikan lagu ‘Shadow & I Surrender‘, persembahan Aina Abdul telah membuatkan juri serta para penonton terpukau dengan penyampaian vokal yang tersendiri serta persembahan santai. Selain segmen solo, Aina juga berjaya mencuri perhatian dengan persembahan segmen battle gandingannya bersama Rookie Danial Chuer yang mendedangkan lagu ‘Flashllight‘.


Tahun ni memang Aina Abdul punya…suara memang padu habis

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen berpuas hati dengan keputusan Vokal Mania kali ini. Selain memuji kepaduan vokal Aina, rata-rata netizen berpuas hati apabila gelaran juara nyata berpihak pada Aina Abdul.  Mereka turut menyatakan bahawa tahun ini merupakan tahun ‘tuah’ buat Aina Abdul kerana banyak kali memperolehi kejayaan di mana-mana program lain.


[VIDEO] Queen Of Vocal, Tepat Ramalan Netizen Aina Abdul Juara Idol Vokal Mania

[VIDEO] Queen Of Vocal, Tepat Ramalan Netizen Aina Abdul Juara Idol Vokal Mania

[VIDEO] Queen Of Vocal, Tepat Ramalan Netizen Aina Abdul Juara Idol Vokal Mania

Sumber: YouTube TV3 Malaysia & Instagram TV3 Malaysia

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Queen Of Vocal, Tepat Ramalan Netizen Aina Abdul Juara Idol Vokal Mania

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram