Berita Semasa Gaya Hidup

Jangan Mudah Keliru, Ini Beza Antara ‘Lockdown’ & Perintah Kawalan Pergerakan

Jangan Mudah Keliru, Ini Beza Antara ‘Lockdown’ & Perintah Kawalan Pergerakan
Rasaflix

Sharing is caring!

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu ini sehingga 31 Mac yang dikuatkuasa di seluruh negara nyata telah menjadi bualan hangat ramai. Meskipun langkah ini diambil susulan penularan wabak COVID-19 yang berkemungkinan meragut lebih banyak nyawa, rata-rata masyarakat masih belum dapat membezakan atau keliru antara pengumuman tersebut dengan Perintah Berkurung.

BACA: Tiket Ke Korea Masih Penuh, Masyarakat Kurang ‘Sense Of Crisis’ Lawan COVID-19

Pengasingan daripada sosial lebih efektif seperti Singapura & Korea

Menerusi laman Twitter rasminya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan bahawa langkah terbaik bagi Malaysia kini adalah pengurangan secara mitigasi dan rakyat perlu mengasingkan diri daripada bersosial di khalayak ramai. Oleh sebab itu, kaedah pelaksanaan ‘Social Distancing‘ seperti dilakukan oleh Singapura dan Korea Selatan lebih berhasil mengurangkan lengkung epidemik (carta statistik permulaan wabak) jika dibandingkan dengan model ‘Lockdown‘ di China serta Itali.

Jangan Mudah Keliru, Ini Beza Antara ‘Lockdown’ & Perintah Kawalan Pergerakan


Jangan Mudah Keliru, Ini Beza Antara ‘Lockdown’ & Perintah Kawalan Pergerakan
Kredit foto: MSNBC

Jangan Mudah Keliru, Ini Beza Antara ‘Lockdown’ & Perintah Kawalan Pergerakan

Ini bukan Lockdown…masih boleh pergi pasaraya & bank

Susulan banyak permintaan agar Malaysia diisytihar Lockdown sebelum ini, guru bernama Mohd Fadhli Salleh ini menegaskan bahawa masyarakat jangan keliru dengan pengumuman malam tadi. Meskipun tidak boleh pergi ke luar negara atau menyertai sebarang program keramaian, tetapi masyarakat tetap dibenarkan untuk melakukan urusan penting seperti di bank dan membeli keperluan harian serta ubat-ubatan.

Jangan Mudah Keliru, Ini Beza Antara ‘Lockdown’ & Perintah Kawalan Pergerakan

Jangan Mudah Keliru, Ini Beza Antara ‘Lockdown’ & Perintah Kawalan Pergerakan
Gambar sekadar hiasan
Jangan Mudah Keliru, Ini Beza Antara ‘Lockdown’ & Perintah Kawalan Pergerakan
Gambar sekadar hiasan

Lapangan terbang & pintu sempadan masih dibuka, tapi..

Dalam pada itu, pengguna akaun Twitter bernama Ikhwan pula memberitahu bahawa lapangan terbang dan pintu sempadan antarabangsa masih dibuka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Namun ia khusus untuk warganegara yang baru tiba dari luar negara serta rakyat masih dibenarkan terbang ke mana-mana negeri di dalam Malaysia. Jelasnya lagi, intipati daripada perintah berkenaan adalah keluar apabila perlu sahaja dan orang ramai perlu sentiasa mematuhi langkah pembendungan wabak COVID-19 disarankan oleh KKM.


Jangan Mudah Keliru, Ini Beza Antara ‘Lockdown’ & Perintah Kawalan Pergerakan

Jangan Mudah Keliru, Ini Beza Antara ‘Lockdown’ & Perintah Kawalan Pergerakan
Gambar sekadar hiasan

Jangan Mudah Keliru, Ini Beza Antara ‘Lockdown’ & Perintah Kawalan Pergerakan

 

Jangan Mudah Keliru, Ini Beza Antara ‘Lockdown’ & Perintah Kawalan Pergerakan
Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Mohd Fadli Salleh, Twitter DrDzul & JatIkhwan


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Jangan Mudah Keliru, Ini Beza Antara ‘Lockdown’ & Perintah Kawalan Pergerakan

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram