Viral

[VIDEO] Pergi Ke Surau Guna Cara Paling ‘Win’, Kenderaannya Buat Ramai Berdekah

[VIDEO] Pergi Ke Surau Guna Cara Paling ‘Win’, Kenderaannya Buat Ramai Berdekah

Sharing is caring!

Bagi golongan yang sudah berusia, mereka lebih cenderung untuk menghabiskan masa dengan beribadat di rumah Allah. Bahkan setiap kali sampainya solat 5 waktu, mereka gemar pergi ke surau untuk menunaikan ibadat bersama jemaah lain. Dalam mengumpul pahala, sedikit sebanyak hubungan ukhuwah bersama jiran tetangga dapat juga dieratkan. Bercakap tentang perkara itu, baru-baru ini seorang lelaki pula menjadi viral selepas videonya kecoh diperkatakan oleh warga Twitter.

BACA : [VIDEO] Ayo Ayo-Girang Main Hujan Tiba-Tiba Nangis, Ingat Sebab Apa Rupanya..


Setiap kali azan dia pergi macam ni dengan jubah putih

Mula dikongsikan sejak beberapa hari lalu oleh anak perempuannya sendiri, rakaman berdurasi 10 saat itu sudah berjaya meraih hampir 1 juta jumlah tontonan daripada netizen. Menurut gadis ini, ayahnya memang gemar mengenakan jubah serta kopiah putih setiap kali bergerak pergi ke rumah Allah. Lebih melucukan lagi, dia akan menaiki sebuah skuter kanak-kanak berwarna hitam sebelum meluncur pergi dengan laju.

Jubah putih yang berkibaran menaikkan mood seram

Dek kerana skuter berkenaan seolah-olah ‘tenggelam’ dek kerana warnanya yang gelap, ia sekali gus menimbulkan bayangan bahawa lelaki ini sedang terbang. Bukan sahaja kelibat kakinya tidak kelihatan berpijak di atas permukaan tanah, malahan kibaran kain jubah putih yang terkena angin cukup memberikan satu imej menyeramkan.


[VIDEO] Pergi Ke Surau Guna Cara Paling ‘Win’, Kenderaannya Buat Ramai Berdekah [VIDEO] Pergi Ke Surau Guna Cara Paling ‘Win’, Kenderaannya Buat Ramai Berdekah

Sumpah ni kalau aku jumpa kat jalan, dah lari lintang-pukang

Selain mendapat junmlah tontonan yang beratus ribu jumlahnya, video ini turut mendapat lebih 50,000 sejak dimuat naik. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen nyatanya sangat terhibur dengan gelagat si ayah tadi. Bukan sahaja memuji kerajinan mengejar pahala ke rumah Allah, mereka sempat berseloroh serta berkongsikan perangai ibu bapa masing-masing juga.

[VIDEO] Pergi Ke Surau Guna Cara Paling ‘Win’, Kenderaannya Buat Ramai Berdekah [VIDEO] Pergi Ke Surau Guna Cara Paling ‘Win’, Kenderaannya Buat Ramai Berdekah [VIDEO] Pergi Ke Surau Guna Cara Paling ‘Win’, Kenderaannya Buat Ramai Berdekah [VIDEO] Pergi Ke Surau Guna Cara Paling ‘Win’, Kenderaannya Buat Ramai Berdekah

 

Sumber : Twitter Aku Suka Kamu


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Pergi Ke Surau Guna Cara Paling ‘Win’, Kenderaannya Buat Ramai Berdekah

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram