Melihat semula ke ruangan media sosial, banyak mempelai yang membuat keunikan dalam majlis perkahwinan mereka sehingga menjadi viral. Tidak kiralah dari segi busana yang pelik-pelik sehingga ke video perkahwinan menarik, semuanya berjaya mencuri perhatian netizen. Namun berbeza pula buat sepasang pengantin ini apabila video mereka bersanding menjadi viral tanpa dijangka dan apa yang terjadi memang menghiburkan ramai.
BACA :Â [VIDEO] Jatuh Masa Beria Tangkap Gambar, Nasib Baik Tak Hempap Geng Pengantin
Bila ex datang majlis kahwin
Mula dikongsikan beberapa hari lalu menerusi Twitter, rakaman berdurasi 14 saat berkenaan menyaksikan mempelai 2 sejoli yang lengkap dengan busana indah bersedia menantikan perarakan masuk ke dalam dewan persandingan mereka. Namun apa yang paling mencuri perhatian adalah budak perempuan yang berdiri bersebelahan mereka berdua.
Bila ex dtg majlis kahwin 🤣 pic.twitter.com/ub77a5pyUS
— PAL (@cursedpal) January 19, 2020
Sempat bagi ‘amaran’ pada pengantin lelaki
Sempat memandang ke arah kanannya, pengantin lelaki terus tergelak apabila melihat gerak tangan yang ditunjukkan oleh budak perempuan tersebut. Tidak pasti apakah sebabnya, namun apa yang dibuat oleh budak itu pasti difahami oleh anda semua kan? Tambahan pula, kapsyen yang ditulis pada rakaman ini juga mengundang kelucuan.
Banyak kali tengok baru faham
Melihat kepada ruangan komen pula, rata-rata netizen pada awalnya tidak menyedari apa yang berlaku sebenarnya. Namun selepas mereka memerhatikan berulang kali, barulah mereka perasan kelibat nakal si cilik itu sekali gus memberikan ucapan kepada pengantin bersempena hari bahagia berkenaan. Difahamkan juga, dia merupakan adik saudara kepada pengantin lelaki tersebut.
Sumber : Twitter PAL