Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO] Penangan ‘Adellea Sofea’, Pertama Kali Penonton Benci Hero Drama Melayu

20th December 2019
in Viral
[VIDEO] Penangan ‘Adellea Sofea’, Pertama Kali Penonton Benci Hero Drama Melayu
588
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Pernah digandingkan dalam sebuah telefilem berjudul ‘Duit Kahwin’ beberapa tahun lalu, gandingan Mira Filzah dan Engku Ismail Aziz boleh tahan berkesan. Apalagi, begitu banyak babak lucu yang berlaku dalam karya berkenaan. Kini sekali lagi, keserasian mereka dalam ‘Adellea Sofea’ arahan Shahrulezad Mohameddin juga memberikan impak yang sama. Cuma bezanya pada drama bersiri ini, emosi penonton seolah-olah dirobek setelah menyaksikan corak jalan ceritanya yang semakin menguji kesabaran.

BACA : [VIDEO] Lama Sangat Merisik Sampai Ngantuk, Babak Fir Gelojoh Balas Pantun Lucu

Sofea tidak tahu bahawa Fir seorang penagih

Perkenalan menerusi media sosial yang berlaku di antara Fir serta Sofea telah membawa mereka ke jinjang pelamin. Meskipun semakin bahagia menyulam cinta, wanita berkenaan agak berasa curiga dengan sikap suaminya yang kadangkala mengundang tanda tanya. Namun begitu, dia enggan terlalu melayani rasa tidak enak berkenaan. Walhal sebenarnya, lelaki yang dicintai sepenuh jiwa itu menyorokkan sesuatu yang sukar untuk dipercayai.

[VIDEO] Penangan ‘Adellea Sofea’, Pertama Kali Penonton Benci Hero Drama Melayu

[VIDEO] Penangan ‘Adellea Sofea’, Pertama Kali Penonton Benci Hero Drama Melayu [VIDEO] Penangan ‘Adellea Sofea’, Pertama Kali Penonton Benci Hero Drama Melayu

Baby takkan jadi sempurna…Tiada siapa yang sempurna

Bahkan dalam episod 10 semalam, peminat terus menghamburkan kemarahan kerana terlalu kasihan melihat nasib Sofea yang terus diperdaya oleh suami sendiri. Meneliti pada babak di mana mereka berdua berada dalam bilik tidur, wanita tersebut telah bersedia untuk mengetahui ketidaksempurnaan yang dimiliki suaminya itu. Tetapi, Fir hanya mampu mendiamkan diri dengan wajah yang penuh suspense. Tambah lelaki ini lagi, semua rahsia yang tersimpan rapi itu bakal terbongkar jua satu hari nanti.

View this post on Instagram

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

https://www.instagram.com/p/B6P-_MDltgY/

View this post on Instagram

A post shared by Shahrulezad Mohameddin (@budakijat)

Jarang aku tengok drama yang heronya dibenci

Melihat kepada ruangan komen posting yang dikongsikan oleh pelakon utama drama ini, rata-rata netizen memang meluahkan geram terhadap pembawaan watak Fir. Kata mereka lagi, jarang drama Melayu mahu menampilkan watak hero yang mempunyai karakter jahat. Mana tidaknya, sebelum ini kebanyakan drama Melayu sering menghidupkan watak hero dengan peribadi romantis dan ‘macho’ sahaja. Pada satu sudut lain, mereka berharap agar Fir dapat berubah manakala Sofea pula terus kuat menghadapi semua ujian berkenaan.

[VIDEO] Penangan ‘Adellea Sofea’, Pertama Kali Penonton Benci Hero Drama Melayu [VIDEO] Penangan ‘Adellea Sofea’, Pertama Kali Penonton Benci Hero Drama Melayu [VIDEO] Penangan ‘Adellea Sofea’, Pertama Kali Penonton Benci Hero Drama Melayu

Sumber : Instagram adelleasofea, Mira Filzah dan Budak Ijat

Tags: adellea sofeadramagerammelayumira filzahsejarahungku ismail azizwatak
Next Post
[VIDEO] Penangan ‘Adellea Sofea’, Pertama Kali Penonton Benci Hero Drama Melayu

[VIDEO] Aina Abdul 'Cover' Lagu English Padu, Tapi Mic Pula Yang Curi Tumpuan

Pandaeyes Blouse Rissa Linen
Penyedut & Pembersih Lantai Tanpa Wayar - Pantas & Berkuasa!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)