Utama Hiburan Payung Lagu 'Tiara' Dengan Kawan Ala-Ala Busking, Suara Pemuda Ini Padu

[VIDEO] Payung Lagu ‘Tiara’ Dengan Kawan Ala-Ala Busking, Suara Pemuda Ini Padu

Kalau sudah berbakat dalam bidang nyanyian, bagilah apa jua genre lagu sekalipun pasti boleh dilantunkan dengan baik sekali. Suara yang padu itu tidak perlu disunting dengan aut0tune untuk memanipulasikan suara sebenar si penyanyi. Itulah yang dapat digambarkan apabila mendengar suara seorang pengendali akaun Twitter yang bernama Mohamad Afif menerusi perkongsian video bersama rakan-rakannya.

BACA : [VIDEO] Nyanyi Untuk Majlis Konvo Sendiri, Suara Kembar Ini Buat Ramai Meremang

Apa pun lagu 90-an kita tarik

Dalam video berdurasi 1 minit 10 saat itu, dia melantunkan lagu ‘Tiara’ daripada kumpulan Kris sambil diiringi oleh 3 orang rakan yang bermain alat muzik seperti biola, gitar dan juga caj0n. Menurut kapsyen yang ditulisnya, dia sendiri sukar untuk mendapat ‘feel’ menyanyi sekiranya tidak ada bantuan daripada trio tersebut.

Nyanyi lagu ‘Cintamu Mekar Di Hati’ pula..

Sebelum ini juga, Mohamad Afif pernah berkongsikan videonya menyanyikan lagu ‘Cintamu Mekar Di Hati’ daripada kumpulan May di entri sama. Sekali dengar, suaranya memang agak persis dengan penyanyi asal lebih-lebih lagi apabila dia mengenakan note yang tinggi. Bak kata orang, meremang dibuatnya kan?

Rupanya memang penyanyi…

Bagi yang tidak tahu, pemuda ini sebenarnya merupakan penyanyi bagi lagu berjudul ‘Kata Cinta’ yang diciptakan oleh bintang terkenal, Black Hanifah. Dalam industri berkenaan, dia lebih dikenali ramai dengan nama Afif Sola.

Advertisement




Sedapnya suara..kalau aku tarik mesti dah terciduk

Perkongsian itu nampaknya berjaya meraih perhatian ramai sehingga Twitter miliknya dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen. Rata-rata mereka memuji kemantapan suaranya dan berpuas hati dengan penggunaan alat muzik yang seolah-olah melengkapkan lagi ‘feel’ nyanyian tersebut.

Sumber : Twitter Afif Sola

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Advertisement