Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO] Pakwe Malas Tak Layan? Mungkin Mereka Sibuk Buat Benda Ini Tengah Malam

9th November 2019
in Viral
[VIDEO] Pakwe Malas Tak Layan? Mungkin Mereka Sibuk Buat Benda Ini Tengah Malam
585
SHARES
3.2k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Jika hendak dibandingkan antara lelaki dan perempuan, boleh kita katakan golongan lelaki lebih bersikap aktif dan gemar melakukan pelbagai ‘kerja gila’ tambah-tambah lagi sekiranya sudah berkumpul dengan rakan yang sekepala. Mungkin itu kata-kata yang sangat sesuai menggambarkan sekumpulan pelajar lelaki ini apabila mereka mula membuat ‘sukaneka’ di waktu malam. Kedengaran janggal, namun itulah yang dibuat mereka semua sehingga berjaya menghiburkan ramai.

BACA : [VIDEO] Viral Graduan 4 Flat 7 Semester, Pemuda Buat Parodi Lawak Versi Riak

Pertandingan tarik tali di tengah koridor hostel…

Mula dikongsikan oleh seorang pemuda bernama @amirulhakim, rakaman berdurasi 27 saat itu dimuat naik pada 7 November lalu dan sudah meraih lebih 26,000 retweet sehingga sekarang.

girlfriend: he must be cheating on me rn

boyfriend(s): pic.twitter.com/mQuY6SaPmC

— alejandro garnakim (@wtfakim) November 7, 2019

Macam-macam fesyen ada…

Entah apa yang difikirkan dalam kepala masing-masing, mereka semua mula bermain tarik tali di tengah-tengah koridor hostel tersebut. Meskipun sekadar berseronok, boleh dilihat semangat juang yang ditunjukkan ketika acara itu berlangsung. Tidak kira yang tidak berbaju mahupun berkain pelikat sahaja, semuanya bersungguh-sungguh menarik tali tersebut sambil tergelak besar.

[VIDEO] Pakwe Malas Tak Layan? Mungkin Mereka Sibuk Buat Benda Ini Tengah Malam [VIDEO] Pakwe Malas Tak Layan? Mungkin Mereka Sibuk Buat Benda Ini Tengah Malam

Macam best je jadi lelaki…Manalah rembat tali tu

Selepas beberapa saat, team di sebelah kanan terpaksa akur dengan kekalahan sehingga diseret oleh kekuatan kumpulan sebelah kiri. Nampak simple, namun pastinya ia menjadi aktiviti yang cukup menghiburkan sekali buat mereka semua. Menjengah kepada ruang komen posting berkenaan, rata-rata netizen begitu terhibur dengan gelagat pelajar lelaki itu. Tidak ketinggalan, sesetengahnya menyifatkan orang perempuan tidak akan mencapai keseronokan sama memandangkan orang lelaki lebih bersikap sporting dalam situasi sedemikian rupa.

[VIDEO] Pakwe Malas Tak Layan? Mungkin Mereka Sibuk Buat Benda Ini Tengah Malam [VIDEO] Pakwe Malas Tak Layan? Mungkin Mereka Sibuk Buat Benda Ini Tengah Malam

[VIDEO] Pakwe Malas Tak Layan? Mungkin Mereka Sibuk Buat Benda Ini Tengah Malam

Sumber : Twitter Amirul Hakim

Tags: lelakimalampakwesportingsukanekatalitarik
Next Post
[VIDEO] Pakwe Malas Tak Layan? Mungkin Mereka Sibuk Buat Benda Ini Tengah Malam

20 Ciri Suami Tak Hormat Isteri, Antaranya Suka Bandingkan Dengan Wanita Lain

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)