Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

[VIDEO] “Padan Gaji Tinggi”- Gabra Lari Dihempas Ombak, Realiti Kerja Off-Shore

28th October 2020
in Berita Semasa, Viral
[VIDEO] “Padan Gaji Tinggi”- Gabra Lari Dihempas Ombak, Realiti Kerja Off-Shore
585
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Kalau bercerita tentang industri pekerjaan off-shore, mesti ramai yang teruja untuk menceburinya kerana gaji yang tinggi. Tapi di sebalik semua itu, hakikatnya kesabaran yang tinggi amat penting memandangkan mereka perlu berjauhan daripada keluarga, terputus dengan pusat bandar dan segala hiburan di darat. Belum cerita lagi apabila mereka terpaksa menghadapi pelbagai risiko terutamanya melibatkan cuaca yang tidak menentu.

BACA: Suami Di Off-Shore Tak Dapat Balik, Minta Jiran Rahsiakan Daripada Bini Sebab..

Memang patut gaji mereka tinggi, bertempiaran lari bila ombak hempas pelantar

Menerusi Twitter, seorang lelaki bernama Faizal Sani berkongsi satu detik cemas apabila keadaan ombak pada ketika itu kelihatan sangat bergelora. Beberapa orang pekerja turut bertempiaran melarikan diri dan jatuh terduduk dibawa arus ombak yang menghempas pelantar tersebut dengan kuat. Melihat kembali situasi itu, maka wajarlah pekerja off-shore dibayar gaji tinggi memandangkan terpaksa menghadapi risiko menggerunkan setiap hari. Di samping itu, Faizal juga menegaskan bahawa rakaman ini bukanlah insiden Dayang Topaz yang berlaku semalam.

Memang padan lah diorang ni dibayar gaji tinggi kalau macam ni risiko kerja yang diorang kena hadap pic.twitter.com/CRinc6TsQF

— Faizal Sani (@faizalsani12) October 27, 2020

[VIDEO] “Padan Gaji Tinggi”- Gabra Lari Dihempas Ombak, Realiti Kerja Off-Shore

Dulu ada simpan cita-cita ni sebab kerja ni nampak menarik & seronok, hakikatnya risikonya tetap tinggi

Di ruangan komen, rata-rata netizen akui bahawa pekerjaan begini sememangnya menarik tetapi risiko yang menanti amatlah besar. Selain itu, mereka juga kagum apabila pekerja dalam video berkenaan masih sempat menggelomgsor atas pelantar walaupun baru dihempas ombak. Setakat ini, rakaman berdurasi 40 saat tersebut meraih hampir 320 ribu tontonan dan 19 ribu retweets.

[VIDEO] “Padan Gaji Tinggi”- Gabra Lari Dihempas Ombak, Realiti Kerja Off-Shore

[VIDEO] “Padan Gaji Tinggi”- Gabra Lari Dihempas Ombak, Realiti Kerja Off-Shore

[VIDEO] “Padan Gaji Tinggi”- Gabra Lari Dihempas Ombak, Realiti Kerja Off-Shore

[VIDEO] “Padan Gaji Tinggi”- Gabra Lari Dihempas Ombak, Realiti Kerja Off-Shore

Sumber: Twitter Faizal Sani

Tags: gajihempaskerjaoff-shoreombak
Next Post
[VIDEO] “Padan Gaji Tinggi”- Gabra Lari Dihempas Ombak, Realiti Kerja Off-Shore

Berbulan Kerja Non-Stop, Riena Diana Muntah Teruk & Nekad Tolak Offer Berlakon

Tudung Instant Premium Bubble Chiffon - Free Gift!
Penyedut Tangan Berkuasa Tinggi - Bersih Dalam Sekelip Mata!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)