Artis Inspirasi

[VIDEO] “Orang Senang Tak Rasa Nikmat Susah”- Jep Hurai Erti Syukur, Deep Habis

[VIDEO] “Orang Senang Tak Rasa Nikmat Susah”- Jep Hurai Erti Syukur, Deep Habis
Rasaflix

Sharing is caring!

Sejak menjuarai program realiti hiburan dan bergelar suami kepada Sari Yanti beberapa tahun lalu, tak dinafikan bahawa nama pelawak ini semakin menjadi sebutan dalam kalangan para peminat. Malahan baru-baru ini Jep juga telah menjadi tumpuan gara-gara berkongsi ragamnya melakukan beberapa rutin harian di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BACA: [VIDEO] Tak Keruan Diva AA ‘Terjah’ Program Sepahtu, Muka Jep Pucat Habis

[VIDEO] “Orang Senang Tak Rasa Nikmat Susah”- Jep Hurai Erti Syukur, Deep Habis


Nasib hidup tak semua sama…orang senang tak rasa nikmat susah

Baru-baru ini, sebuah rakaman yang menampilkan Jep memberi nasihat berguna tentang erti bersyukur dalam kehidupan telah menjadi tular di laman sosial Twitter. Walaupun sedutan video yang diambil daripada telefilem ‘Ayah Den Lapeh’ itu sudah bertahun-tahun lamanya, namun mesej yang disampaikan cukup bermakna. Antaranya adalah semua tempoh sukar perlu dianggap sebagai nikmat dan jangan pernah lupa kebahagiaan yang pernah dikecapi apabila dilanda ujian tertentu.

Tak pernah ada kontroversi…artis yang matang berkata-kata

Siapa sangka, paparan yang berdurasi 53 saat itu telah meraih lebih 200 ribu tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen menganggap perkara yang disampaikan itu seakan-akan relevan dengan beberapa isu yang sedang hangat melanda industri hiburan tanah air pada masa kini. Dalam pada itu, mereka juga memuji Jep kerana menyampaikan nasihat secara matang serta bebas daripada terpalit sebarang kontroversi setakat ini.

[VIDEO] “Orang Senang Tak Rasa Nikmat Susah”- Jep Hurai Erti Syukur, Deep Habis


[VIDEO] “Orang Senang Tak Rasa Nikmat Susah”- Jep Hurai Erti Syukur, Deep Habis

[VIDEO] “Orang Senang Tak Rasa Nikmat Susah”- Jep Hurai Erti Syukur, Deep Habis

[VIDEO] “Orang Senang Tak Rasa Nikmat Susah”- Jep Hurai Erti Syukur, Deep Habis


Sumber: Twitter mxd_hxnif

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] “Orang Senang Tak Rasa Nikmat Susah”- Jep Hurai Erti Syukur, Deep Habis

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram