Hiburan

[VIDEO] Nyanyian ‘4 Dara’ Versi R&B, Adibah Noor Pun Puji Suara Lunak Gadis Ini

[VIDEO] Nyanyian ‘4 Dara’ Versi R&B, Adibah Noor Pun Puji Suara Lunak Gadis Ini
Rasaflix

Sharing is caring!

Sejak dinyanyikan semula oleh Elly Mazlein menerusi drama ‘Kampung People 2′, tidak dinafikan lagu ‘4 Dara’ sudah tular di kebanyakan media sosial. Selain itu, ramai juga yang telah mengambil peluang untuk membuat cover lagu tersebut termasuklah gadis bernama Billa Najmi menerusi aplikasi TikToknya baru-baru ini.


BACA: [VIDEO] Payung Lagu ‘Tiara’ Dengan Kawan Ala-Ala Busking, Suara Pemuda Ini Padu

Selalu jadi perhatian sebab suara merdu & lunak…nyanyi lagu ‘4 Dara’ berentak R&B, nampak sempurna

Dia yang juga merupakan anak kepada Eddie kumpulan Wings dan bekas peserta program realiti ‘Akademi Fantasia 2015’ sering menjadi perhatian kerana membuat pelbagai cover. Lebih menarik lagi sambil diiringi muzik santai, lagu ‘4 Dara’ tersebut dinyanyikan oleh Billa Najmi dalam rentak R&B. Bahkan lontaran nada suara dan vokalnya turut kedengaran merdu dalam video berdurasi lebih seminit itu.


@billanajmi

4 Dara | RnB version 😅 #4darachallenge #kaklinapompom #justforfun

♬ original sound – Billa Najmi – Billa Najmi

Best sangat, tak boleh dengar banyak kali sebab deep sangat nyanyian dia…harap dapat buat cover lain

Dalam pada itu, video berkenaan juga telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang mengakui suka mendengar lagu versi ini. Susulan paparan tersebut, penyanyi terkenal iaitu Adibah Noor berkesempatan memuji penyanyi tersebut malah menyatakan nyanyian seakan-akan Najwa Mahiaddin. Selain itu, rata-rata netizen turut berharap agar gadis berkenaan dapat buat duet bersama penyanyi terkemuka yang lain.


[VIDEO] Nyanyian ‘4 Dara’ Versi R&B, Adibah Noor Pun Puji Suara Lunak Gadis Ini

[VIDEO] Nyanyian ‘4 Dara’ Versi R&B, Adibah Noor Pun Puji Suara Lunak Gadis Ini

[VIDEO] Nyanyian ‘4 Dara’ Versi R&B, Adibah Noor Pun Puji Suara Lunak Gadis Ini

[VIDEO] Nyanyian ‘4 Dara’ Versi R&B, Adibah Noor Pun Puji Suara Lunak Gadis Ini

[VIDEO] Nyanyian ‘4 Dara’ Versi R&B, Adibah Noor Pun Puji Suara Lunak Gadis Ini

Sumber: Twitter nshramis, TikTok Billa Najmi

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Nyanyian ‘4 Dara’ Versi R&B, Adibah Noor Pun Puji Suara Lunak Gadis Ini

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram