Bermula pada tahun 2012, siapa menyangka perjuangan Neelofa menjadi pengacara dalam rancangan MeleTOP kini berakhir apabila dia membuat pengumuman semalam. Hampir 8 tahun memberikan khidmat bakti bersama rakan gandingannya iaitu Nabil Ahmad, wanita tersebut nampaknya membuat ramai terkejut dengan keputusan berkenaan. Pada tayangan yang bersiaran secara langsung itu, studio yang kebiasaannya penuh gelak ketawa mula diselubungi rasa sebak.
BACA :Â [VIDEO]Tak Kacak Buncit, Apa Nak Jual?-Luahan Roy Lepas Tersingkir GV2019
Betul ke Lofa? Siapa ‘jantan’ itu? (0:16)
Pada awalnya, Nabil Ahmad menjangkakan kononnya bakal berlaku pengumuman besar melibatkan tarikh kahwin memandangkan sebelum ini Neelofa pernah kecoh dengan berita sedemikian. Tambahan lagi, kehadiran ramai pihak media ke set rakaman semakin menambahkan mood suspens. Bermula dengan kata-kata aluan yang mengimbau kembali jerih perih mereka menaikkan nama rancangan MeleTOP, Nabil mula tertanya-tanya akan hal sebenar yang ingin disampaikan pengacara wanita tersebut.Â
Ini adalah bulan terakhir saya akan mengacara
Tidak sempat memberitahu perkara sebenar, Neelofa gagal menahan sebak dan akhirnya mengalirkan air mata. Belum habis terpinga-pinga dengan tangisan menderu Neelofa, Nabil terus terkedu setelah mengetahui bahawa rupanya rakan gandingannya itu bakal mengundur diri dan tidak akan terlibat bersama MeleTOP pada tahun seterusnya.Â
Nabil punya reaction macam break dengan awek
Menurut laporan daripada Media Hiburan juga, pengacara lelaki itu menjelaskan dia benar-benar terkesan dengan pengumuman tersebut memandangkan mereka berdua sudah bekerjasama menjayakana rancangan itu selama bertahun-tahun. Meskipun bersedih, namun Nabil akur dengan keputusan yang dibuat oleh sahabatnya itu. Bukan sahaja Nabil malahan netizen juga turut terkesima dengan episod MeleTOP semalam. Tidak ketinggalan, ramai mula berkata tentang riak wajah sedih yang ditunjukkan oleh Nabil sejurus menyedari ‘surprise‘ daripada Neelofa.
Sumber : Twitter MeleTOP, Youtube MeleTOP dan Media Hiburan