Viral

[VIDEO] Nasib Dapat Tuan Single, Muka ‘Si Bulus’ Pasrah Kena Bedung Macam Bayi

[VIDEO] Nasib Dapat Tuan Single, Muka ‘Si Bulus’ Pasrah Kena Bedung Macam Bayi
Rasaflix

Sharing is caring!

Tidak dinafikan, telatah nakal dan manja ‘si bulus’ selalu mencuit hati sesiapa sahaja terutamanya penggemar haiwan tersebut. Selain sering dipilih sebagai binatang peliharaan, ada kalanya kucing juga mampu menjadi peneman dikala sunyi. Malah sejak akhir-akhir ini, gelagat ‘Si Oyen’ antara yang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya di media sosial.


BACA: [VIDEO] Tuan Pening Tengok Sofa Berlubang, Jadi Gelanggang Tinju ‘Si Bulus

Dibedung macam bayi, muka ‘Oyen’ pasrah je…tuan siap tidurkan

Tular di TikTok, pengguna akaun @wachyuadjietan telah berkongsi sebuah paparan ketika sedang melayani ‘Si Oyen’. Bukan sahaja dimanjakan dengan penuh kasih sayang, malah kucing tersebut turut dibedung dengan helaian kain batik seakan-akan seorang bayi. Bahkan ‘si bulus’ itu dilihat duduk diam sahaja dan seolah-olah pasrah apabila diperlakukan sedemikian rupa. Lucunya setelah siap dibalut, lelaki berkenaan sempat mengusap dan mendodoikan haiwan peliharaannya.

@ayah.koko

❤ Ayah #catloversindonesia #foryou #fyp #babukucing

♬ Ayah – Seventeen

Comel ‘Si Oyen’, elok je duduk diam…macam inilah simptom orang single

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen nyata terhibur melihat gelagat comel dan manja ‘Si Oyen’ tatkala dilayan oleh @wachyuadjietan. Selain itu, mereka turut berseloroh kononnya kucing tersebut diperlakukan sedemikian rupa mungkin kerana lelaki berkenaan masih belum mempunyai anak. Secara keseluruhan, video tular itu telah berjaya meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan setakat ini.


[VIDEO] Nasib Dapat Tuan Single, Muka ‘Si Bulus’ Pasrah Kena Bedung Macam Bayi

[VIDEO] Nasib Dapat Tuan Single, Muka ‘Si Bulus’ Pasrah Kena Bedung Macam Bayi

[VIDEO] Nasib Dapat Tuan Single, Muka ‘Si Bulus’ Pasrah Kena Bedung Macam Bayi

Sumber: TikTok wachyu adjie tan

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Nasib Dapat Tuan Single, Muka ‘Si Bulus’ Pasrah Kena Bedung Macam Bayi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram