Utama Gaya Hidup Garisan Hitam Bukannya Punca Kehamilan Bermasalah - Doktor Ini Beri Penjelasan

Garisan Hitam Bukannya Punca Kehamilan Bermasalah – Doktor Ini Beri Penjelasan

Sewaktu hamil, para ibu akan mengalami banyak perubahan h0rm0n dan juga fizikal tubuh. Disebabkan itu golongan wanita perlu tambah ilmu kehamilan terutama sekali garisan menegak berwarna hitam dari paras pusat hingga ke bawah. Hal ini disebabkan mereka bimbang dengan kewujudan garisan tersebut kerana seringkali dikaitkan dengan masalah kesihatan dan tidak kurang juga ada yang mengatakan ia petanda ibu hamil anak lelaki.

BACA : Bukan Suka-Suka Nak Seluk Pangkal Rahim Ibu Bersalin, Doktor Ini Dedah Sebabnya

Gambar Sekadar Hiasan

Namanya linea nigra, perubahan h0rm0n

Terpanggil untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai mitos yang sering dimomokkan para ibu hamil, seorang doktor bernama Dr Izzat tampil memberi penerangan menerusi laman Twitter miliknya. Menurutnya, garisan hitam tersebut dinamakan linea nigra adalah disebabkan oleh perubahan h0rm0n yang berlaku semasa hamil. Malah ia juga menerangkan mengapa puting buah dada menjadi lebih gelap daripada biasa.

Gambar Sekadar Hiasan

Tiada kena mengena dengan masalah kehamilan

Tambah Dr Izzat, ianya merupakan perubahan normal yang sering berlaku. Walau bagaimanapun, ada juga para ibu yang tidak memiliki garisan sedemikian. Jelasnya lagi, kewujudan garisan ini tidak ada kena mengena dengan masalah kehamilan. 




Bukan penentu jantina bayi

Tegasnya lagi, ia tiada kaitan dengan jantina bayi dalam kandungan jika terdapat garisan hitam di bawah paras pusat seperti yang menjadi kepercayaan orang tua.

Tak perlu sapu krim, akan hilang sendiri lepas bersalin

Dalam pada itu, Dr Izzat turut memberitahu kepada para ibu hamil supaya tidak perlu membeli pelbagai jenis produk ataupun krim untuk disapu pada garisan hitam berkenaan. Hal ini kerana ia akan pudar dan hilang dengan sendiri sejurus selepas bersalin.

Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Twitter Muhammad Eizat

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI