Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Hiburan

[VIDEO] Merudum Pada Minggu 4, Rupanya Naqiu Ternampak Bayangan Achik Spin

4th November 2019
in Hiburan
[VIDEO] Merudum Pada Minggu 4, Rupanya Naqiu Ternampak Bayangan Achik Spin
594
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Setelah beberapa minggu berjaya memberikan persembahan memukau sehingga mendapat pujian melambung para juri, konsert Gegar Vaganza 2019 yang keempat semalam menyaksikan Naqiu Boboy menghadapi kemerosotan prestasi. Dengan markah 63 peratus secara keseluruhan, kedudukan mingguan penyanyi ini telah jatuh pada tangga ke 7. Mendendangkan lagu sahabat lamanya berjudul ‘Gurauan Berkasih’ bersama Siti Nordiana, rupanya ada ‘sesuatu’ yang tersimpan sewaktu persembahan itu berlangsung.

BACA :[VIDEO] Fashion Rambut Tak Kena, Cara Naqiu Jawab Kritikan Sangat Dipuji Ramai

[VIDEO] Merudum Pada Minggu 4, Rupanya Naqiu Ternampak Bayangan Achik Spin [VIDEO] Merudum Pada Minggu 4, Rupanya Naqiu Ternampak Bayangan Achik Spin [VIDEO] Merudum Pada Minggu 4, Rupanya Naqiu Ternampak Bayangan Achik Spin

Dimulakan dengan nyanyian Nana pada lirik pertama, penampilannya dengan buasana berona merah jambu seolah-olah menjadi perhatian penonton. Secara perlahan-lahan, Naqiu pula melangkah masuk dari belakang pentas diiringi dengan sorakan gemuruh penonton. Sepanjang persembahan ini, adegan dia melutut kepada penyanyi wanita itu turut menambahkan feeling dalam nyanyiannya.

https://www.youtube.com/watch?v=pX1KKIf7YSs

Hari ini biasa saja…’Nasi ayam’ dah habis

Meskipun telah memberikan yang terbaik, namun Datuk Ramli MS menyifatkan persembahannya sebagai ‘biasa saja’. Tidak ketinggalan, Bonda Hetty Koes Endang juga merasakan nyanyiannya semalam kelihatan ‘malu-malu’ jika hendak dibandingkan dengan minggu-minggu sebelum ini. Menerusi sebuah temu bual, Naqiu sempat mendedahkan bahawa dia sebenarnya merasa sebak ketika persembahan kerana terkenangkan Allahyarham Achik Spin di atas pentas berkenaan.

https://www.youtube.com/watch?v=ebqLSNSILpY

Janji saya, minggu depan akan kembali

Bukan itu sahaja, dia juga sedar dan mengakui bahawa kejatuhannya pada konsert minggu ini disebabkan dirinya ‘tenggelam’ dengan perasaan. Meskipun hanya berjumpa ketika berada di belakang pentas suatu ketika dahulu, namun impak yang ditinggalkan oleh Allahyarham Achik cukup memberi kesan mendalam sehingga dia gagal menahan sebak ketika persembahan dengan Nana berlangsung.

[VIDEO] Merudum Pada Minggu 4, Rupanya Naqiu Ternampak Bayangan Achik Spin

Naqiu ni memang jenis berhati lembut

Meskipun prestasinya agak merosot, namun netizen masih memberikan kata-kata semangat agar dia bangkit semula di minggu akan datang. Rata-ratanya begitu mengerti kesedihan yang dirasai oleh penyanyi berusia 33 tahun berkenaan.

[VIDEO] Merudum Pada Minggu 4, Rupanya Naqiu Ternampak Bayangan Achik Spin [VIDEO] Merudum Pada Minggu 4, Rupanya Naqiu Ternampak Bayangan Achik Spin [VIDEO] Merudum Pada Minggu 4, Rupanya Naqiu Ternampak Bayangan Achik Spin

Sumber : Youtube Ryzer Music Proeductions dan F8Buzz

Tags: achik spinmerundumnananaqiuSebaksiti nordiana
Next Post
[VIDEO] Merudum Pada Minggu 4, Rupanya Naqiu Ternampak Bayangan Achik Spin

Fobia Dengan Keguguran, Fasha Sandha Nekad Kongsi Berita Gembira Lepas Bersalin

Penerjemah Pintar 138 Bahasa dengan ChatGPT & Skrin Sentuh
Smartphone 5G Tangguh dengan Kamera Ultra Sensitif

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)