Viral

[VIDEO] Member Dah Pujuk Tapi Masih Nangis, Pemuda Broken Dikecewakan Buah Hati

[VIDEO] Member Dah Pujuk Tapi Masih Nangis, Pemuda Broken Dikecewakan Buah Hati

Sharing is caring!

Usia muda merupakan fasa ‘keluar masuk’ seseorang dalam hidup. Tidak kira berapa banyak insan yang bersilih ganti, setiap satunya mengajarkan sesuatu agar kita lebih matang mendepani hubungan di masa akan datang. Kalau bercakap soal putus cinta ini, kita sering kali melihat orang perempuan lebih berduka berbanding lelaki. Namun menerusi sebuah video viral ini, sebenarnya orang lelaki juga mempunyai satu sisi lemah yang jarang ditunjukkan meskipun mereka kerap dilihat dengan imej ‘kuat’. 

BACA : Putus Cinta Memang Menyakitkan, MenangislahTapi Siapa Cakap Single Tu Salah? 

Air mata lelaki kalau jatuh, dia betul-betul sayang


Mula dikongsikan oleh seorang individu bernama Ikhwan di Twitternya, sehingga kini rakaman berdurasi 49 saat berkenaan berjaya meraih hampir 14,000 retweet. Walaupun sekejap, namun ia cukup meruntun jiwa ramai apabila melihat salah seorang daripada mereka menangis teresak-esak dipercayai kecewa dalam percintaannya.

Hanya yang pernah lalui akan mengerti

Jika diperhatikan dengan terperinci, dapat kita dengar suara tangisan yang tidak dapat lagi dipendam oleh pemuda itu. Walaupun sudah ditenangkan oleh sahabat handai, namun penggunaan lagu ‘sendu’ seolah-olah menambah kepiluan yang sedang dirasakan pada waktu tersebut. Tidak cukup dengan menutup wajah, dia juga bersandar pada kaki rakannya sebelum terus menangis dengan lebih teruk. Bagai sukar dipercaya, namun hanya yang pernah merasainya sahaja mampu memahami kesedihan tersebut.


Kami semua dah pujuk tapi itulah. Rasa sedih masih ada lagi.

[VIDEO] Member Dah Pujuk Tapi Masih Nangis, Pemuda Broken Dikecewakan Buah Hati [VIDEO] Member Dah Pujuk Tapi Masih Nangis, Pemuda Broken Dikecewakan Buah Hati

Air mata ikhlas ni bila perempuan buat hal, moga kuat

Tidak sekadar mendapat jumlah retweet yang banyak, malahan netizen turut bersimpati dengan situasi itu. Mereka bersetuju bahawa orang lelaki memang sukar menunjukkan kesedihan tatkala kecewa sekali gus sempat berkongsikan pengalaman sendiri. Selain itu, rata-ratanya memuji tindakan kumpulan remaja berkenaan yang berada di sisi rakan mereka.

[VIDEO] Member Dah Pujuk Tapi Masih Nangis, Pemuda Broken Dikecewakan Buah Hati [VIDEO] Member Dah Pujuk Tapi Masih Nangis, Pemuda Broken Dikecewakan Buah Hati [VIDEO] Member Dah Pujuk Tapi Masih Nangis, Pemuda Broken Dikecewakan Buah Hati

[VIDEO] Member Dah Pujuk Tapi Masih Nangis, Pemuda Broken Dikecewakan Buah Hati
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter Ikhwan


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Member Dah Pujuk Tapi Masih Nangis, Pemuda Broken Dikecewakan Buah Hati

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram