Hiburan

[VIDEO] Kerap Lapar Jam 3 Pagi, Suami Emma Maembong Siap-Siap Belikan Makanan

[VIDEO] Kerap Lapar Jam 3 Pagi, Suami Emma Maembong Siap-Siap Belikan Makanan
Rasaflix

Sharing is caring!

Tempoh kehamilan sememangnya memberikan banyak pengalaman pahit dan manis kepada setiap ibu bapa. Bukan sahaja berlaku perubahan secara fizikal, malahan wanita berbadan dua akan melalui satu fasa craving tanpa mengira masa. Situasi tersebut turut dialami sendiri oleh aktres terkenal iaitu Emma Maembong yang sedang sarat mengandung anak pertama.


BACA: [VIDEO] Emma Buat Perangai ‘Gila’ Masa Potong Kek, Tak Sangka Ini Reaksi Suami

Selalu terjaga tengah malam sebab lapar, mujur suami belikan makanan siap-siap…lepas ni boleh dah tidur

Menerusi posting di Instagram, pelakon drama ‘Projek Memikat Suami’ ini mengakui bahawa sering terjaga pada tengah malam gara-gara berasa lapar. Seolah-olah memahami keadaannya yang sedang mengandung 6 bulan, Shazli turut membelikan makanan untuk isterinya. Aktres jelita itu kelihatan bersahaja tatkala menikmati roti di tangannya. Bahkan selepas selesai makan, dia terus menyambung tidurnya semula.

Bangun tidur pun tetap cantik…biasanya sebelum nak due date bersalin memang akan selalu terjaga

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Emma Maembong yang kelihatan natural walaupun sedang tidak mengenakan sebarang makeup. Selain itu, mereka turut berkongsi pengalaman sama iaitu sering terjaga di larut malam tatkala melalui fasa kehamilan lebih-lebih lagi beberapa bulan sebelum due date bersalin. Secara keseluruhan, video tersebut telah berjaya meraih lebih 70 ribu jumlah tontonan setakat ini.


[VIDEO] Kerap Lapar Jam 3 Pagi, Suami Emma Maembong Siap-Siap Belikan Makanan

[VIDEO] Kerap Lapar Jam 3 Pagi, Suami Emma Maembong Siap-Siap Belikan Makanan

[VIDEO] Kerap Lapar Jam 3 Pagi, Suami Emma Maembong Siap-Siap Belikan Makanan

[VIDEO] Kerap Lapar Jam 3 Pagi, Suami Emma Maembong Siap-Siap Belikan Makanan

Sumber: Instagram emma_maembongofficial

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Kerap Lapar Jam 3 Pagi, Suami Emma Maembong Siap-Siap Belikan Makanan

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram