Viral

[VIDEO] Emma Buat Perangai ‘Gila’ Masa Potong Kek, Tak Sangka Ini Reaksi Suami

[VIDEO] Emma Buat Perangai ‘Gila’ Masa Potong Kek, Tak Sangka Ini Reaksi Suami
Rasaflix

Sharing is caring!

20.02.2020 telah menjadi tarikh penuh makna buat mempelai sama cantik dan sama padan iaitu Emma Maembong bersama Shazli Azhar. Sekitar minggu lalu, sebenarnya majlis berinai aktres cantik ini sempat menarik perhatian netizen. Dengan tema Melayu Klasik, mereka berdua melangsungkan adat tersebut selepas sah bergelar suami isteri. Selain itu, majlis resepsi berkonsepkan ‘A Night Of Stars‘ sekitar 2 hari lalu juga begitu memukau apalagi melihat persalinan indah milik Emma.

BACA :Β Suami Menyelinap Masuk DM Instagram, Kini Emma Bergelar Isteri Kepada Pilot

Terserlah seri pengantin di wajah Emma serta Shazli

Tampil sepadan dengan suaminya yang persis putera raja dalam cerita dongeng, pelakon drama ‘Cemburu Seorang Perempuan’ ini pula mengenakan gaun kembang berona putih lembut. Meskipun busana ciptaan Rizman Ruzaini ini kelihatan tidak terlalu sarat dengan aksesori, namun kecantikan semula jadi yang dimiliki oleh Emma cukup menonjolkan aura keanggunan tersendiri.

[VIDEO] Emma Buat Perangai ‘Gila’ Masa Potong Kek, Tak Sangka Ini Reaksi Suami
Kredit Foto : Project2pi
[VIDEO] Emma Buat Perangai ‘Gila’ Masa Potong Kek, Tak Sangka Ini Reaksi Suami
Kredit Foto : Project2pi
[VIDEO] Emma Buat Perangai ‘Gila’ Masa Potong Kek, Tak Sangka Ini Reaksi Suami
Kredit Foto : Project2pi
[VIDEO] Emma Buat Perangai ‘Gila’ Masa Potong Kek, Tak Sangka Ini Reaksi Suami
Kredit Foto : Project2pi

Nampak enjoy dengar Ella dan Kaka menyanyi

Bukan itu sahaja, resepsi berkenaan turut dimeriahkan lagi dengan beberapa persembahan daripada rakan artis antaranya adalah Kaka Azraf dan juga Ella. Menyanyi benar-benar di hadapan meja santapan pengantin, ternyata Emma begitu terbuai dengan rentak lagu rancak tersebut. Kebiasaanya, pengantin perempuan akan control ayu bukan? Namun pula dengan reaksi spontan kakak kepada Chacha Maembong ini.

View this post on Instagram

π™π™€π™Žπ™€π™‹π™Žπ™„ π™€π™ˆπ™ˆπ˜Ό π™ˆπ˜Όπ™€π™ˆπ˜½π™Šπ™‰π™‚ & π™Žπ™ƒπ˜Όπ™•π™‡π™„ π˜Ώπ˜Όπ™π™Š π˜Όπ™•π™ƒπ˜Όπ™ πŸ–€πŸ€ #EmmaxShazli . 07 Mac 2020 @boraombak_marinaputrajaya . Decorator/ Wedding Planner @rekateemor . Emcee: @zulinaziz Guess Management: @weddie.my . Official Photographer / Videographer @cstproduction . Others Photographer @atelierporto @amirnaufalphotography @pitcha_photographer . Wedding Organizers @along.zaisuria . Bride/Groom Attire : @rizmanruzaini . Makeup : @khirkhalid Hairstylist : @juuu.ko Henna : @cempaka.inai . Lightings: @deejay_jeevan . PA Sistem: @anfentertainment89 . Catering: @rosekatering . Wedding Cake : @petitchef_cakes . Doorgift Exclusif : @mykiehls . Doorgift: @soapster_my @doorgift2youu @senitukang . Limosin: @samsonmaxluxury @afiqmax @shakilaila19 . Invitation Card : @nikahsatu . Backdrop @rsvpkl . Band: @_ninaandtheboys . Violinist: @aqmaldanielofficial . kids dress @sarajofficial . kids hair clip @ayrapunzal . family dress @adam.r_lamaison . Dancer @gtp_dancegroup . Thanks😍 @ellaaminuddins @wanyhasrita @amiraaothman @kakaazraff @arajohari @nuha_bahrin @beego_linda . #EmmaxShazli #emmamaembong #emanizers @emma.shazli .

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Suami isteri sama-sama ‘masuk air’

Tidak ketinggalan, detik di mana mereka hendak memotong wedding cake juga mencuri perhatian netizen. Terkenal dengan sikap selambanya, Emma sempat membuat lagak seperti terlalu teruja untuk memotong manisan berkenaan. Lebih melucukan lagi apabila Encik Suami turut sama-sama ‘masuk air’ kononnya sedang menenangkan isterinya di situ.


Suami pun layan je perangai Emma

Meskipun cuma sekejap, namun ia sedikit sebanyak pastinya menambahkan kenangan manis sepanjang majlis indah ini berlangsung. Selepas melihat ragam kedua-dua mempelai ini sewaktu memotong kek, netizen telah menitipkan komen terhibur selain memuji kecantikan Emma.

[VIDEO] Emma Buat Perangai ‘Gila’ Masa Potong Kek, Tak Sangka Ini Reaksi Suami [VIDEO] Emma Buat Perangai ‘Gila’ Masa Potong Kek, Tak Sangka Ini Reaksi Suami [VIDEO] Emma Buat Perangai ‘Gila’ Masa Potong Kek, Tak Sangka Ini Reaksi Suami

Sumber : Instagram shukri,kylez.emma,

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram