Cinta & Perhubungan Hiburan Inspirasi

[VIDEO] Kepercayaan Rumah Tangga Dikhianati, Plot Twist Rita Rudaini Padu Habis

[VIDEO] Kepercayaan Rumah Tangga Dikhianati, Plot Twist Rita Rudaini Padu Habis

Sharing is caring!

Sejak akhir-akhir ini, tak dinafikan terdapat banyak cerita mengenai institusi rumah tangga yang telah runtuh akibat kedatangan pihak ketiga. Entah di mana kekurangannya, pihak yang bermain kayu tiga seolah-olah tergamak mengkhianati kasih sayang dan kepercayaan diberikan oleh partner atau anak-anak selama ini. Malam tadi, telemovie bertajuk ‘Tiada Lagi’ nyata memberi pengajaran terhadap isu tersebut dengan barisan pelakon ternama seperti Rita Rudaini, Datuk Seri Eizlan Yusof, Jay Iswazir, Dayang Areeda dan ramai lagi.

BACA: “Kenapa Adik Tak Ada Daddy?” – Rita Kongsi Luahan Sebak Sempena Hari Jadi Anak

[VIDEO] Kepercayaan Rumah Tangga Dikhianati, Plot Twist Rita Rudaini Padu Habis

Rahsia isteri kedua terbongkar sewaktu rumah dirompak

Berbeza dengan pendekatan naskah drama atau filem lain sebelum ini, siapa sangka rahsia perkahwinan kedua Datuk Nizar dengan skandal bernama Fatin selama ini hanya terbongkar apabila kediamannya dipecah masuk oleh sekumpulan perompak. Menurut suspek bernama Iskandar, wanita yang dikahwini oleh ahli perniagaan itu merupakan bekas isterinya sekali gus menuntut agar Datuk Nizar memberikan penjelasan sepatutnya. Bukan itu sahaja, malah Datin Nureen Azalea sendiri tersentak apabila cerita itu terbongkar melalui mulut suaminya sendiri.

[VIDEO] Kepercayaan Rumah Tangga Dikhianati, Plot Twist Rita Rudaini Padu Habis

Plot twist yang sangat tak disangka-sangka

Setelah insiden itu, Datuk Nizar mengambil keputusan untuk tidak melakukan sebarang laporan polis bagi menjaga reputasinya manakala Datin Nureen nekad menuntut untuk bebas daripada rumah tangga mereka yang sedang bergolak. Dan apabila urusan di mahkamah akhirnya telah selesai, watak ibu kepada 2 orang anak ini rupanya bersekongkol dengan Iskandar semata-mata mahu dengar penjelasan sebenar tentang perkahwinan rahsia itu. Terdahulu, nyawanya sendiri hampir-hampir di hujung tanduk akibat kemarahan Iskandar sebelum mencapai kata sepakat bagi melaksanakan agenda mereka bersama-sama.

Pedihnya bila penat setia…tapi dapat tahu suami nikah lain

Telefilem yang diarahkan oleh Man Kobena ini bukan sahaja mengalirkan air mata para penonton, malah sarat dengan dialog bermakna serta nilai pengajaran penting kepada semua lapisan masyarakat. Menerusi di laman Twitter, rata-rata netizen tersentuh melihat adegan yang ditonjolkan oleh Datin Nureen dan Iskandar kerana dikhianati oleh partner masing-masing. Dalam pada itu, mereka juga memuji plot twist yang tak disangka-sangka dipamerkan dalam telemovie tersebut.

[VIDEO] Kepercayaan Rumah Tangga Dikhianati, Plot Twist Rita Rudaini Padu Habis

[VIDEO] Kepercayaan Rumah Tangga Dikhianati, Plot Twist Rita Rudaini Padu Habis

[VIDEO] Kepercayaan Rumah Tangga Dikhianati, Plot Twist Rita Rudaini Padu Habis

[VIDEO] Kepercayaan Rumah Tangga Dikhianati, Plot Twist Rita Rudaini Padu Habis

[VIDEO] Kepercayaan Rumah Tangga Dikhianati, Plot Twist Rita Rudaini Padu Habis

Sumber: IG ritarudainifansclub, YouTube Anuar Che Embis & Twitter noriman32

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Kepercayaan Rumah Tangga Dikhianati, Plot Twist Rita Rudaini Padu Habis

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram