Keluarga

[VIDEO] Kena Tegur Pakai Jeans Koyak, Sekali ‘Terciduk’ Dengar Respons Mak

[VIDEO] Kena Tegur Pakai Jeans Koyak, Sekali ‘Terciduk’ Dengar Respons Mak

Sharing is caring!

Apabila sudah bergelar ibu bapa, tanggungjawab bukan sahaja tertumpu kepada menguruskan rumah tangga semata-mata. Bahkan menjadi peranan mereka untuk menegur anak-anak terutamanya dalam soal pemakaian. Hal tersebut sama seperti yang dihadapi oleh seorang wanita baru-baru ini.


BACA: [VIDEO] Apa Beza Mak Dengan Kereta? Pickupline Lelaki Ini Buat Ramai Tersentuh

Kena tegur sebab pakai seluar jeans koyak dekat lutut…terkejut lepas dengar mak membebel

Menerusi satu video yang tular di aplikasi TikTok, seorang ibu telah menegur dua anak perempuannya ketika berada di dapur. Ia berpunca selepas dia mendapati mereka menyarungkan seluar jeans koyak di bahagian lutut. Apabila tindakan tersebut dipertikaikan, kedua-dua gadis itu mendakwa ia adalah fesyen popular masa kini. Namun tanpa diduga, wanita berkenaan terus membebel sehingga membuatkan mereka berasa terkejut.


@srynotsri

Mummy marah i dengan kakak i pakai jeans koyak, kami still cuba untuk translate “puek hang” tu apa? #foryoupage #foryou #fyp #tiktokmalaysia

♬ original sound – Sry Khairudin – Sry Khairudin

Kan dah kena setepek dengan mak…kakak dia terus auto tutup bahagian seluar  jeans yang koyak tu

Bukan sahaja speechless selepas mendengar kata-kata tersebut, malah kedua-dua gadis itu dilihat ketawa mengekek. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen akui terhibur melihat respons yang diberikan oleh si ibu. Selain itu, mereka juga berkongsi pengalaman sama bahawa pernah dimarahi oleh bapa sendiri kerana memakai seluar koyak sedemikian. Secara keseluruhan, video lucu tersebut telah mencecah hampir 70 ribu jumlah tontonan sehingga kini.


[VIDEO] Kena Tegur Pakai Jeans Koyak, Sekali ‘Terciduk’ Dengar Respons Mak

[VIDEO] Kena Tegur Pakai Jeans Koyak, Sekali ‘Terciduk’ Dengar Respons Mak

[VIDEO] Kena Tegur Pakai Jeans Koyak, Sekali ‘Terciduk’ Dengar Respons Mak

Sumber: TikTok srynotsri

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Kena Tegur Pakai Jeans Koyak, Sekali ‘Terciduk’ Dengar Respons Mak

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram