Viral

[VIDEO] Apa Beza Mak Dengan Kereta? Pickupline Lelaki Ini Buat Ramai Tersentuh

[VIDEO] Apa Beza Mak Dengan Kereta? Pickupline Lelaki Ini Buat Ramai Tersentuh
Rasaflix

Sharing is caring!

Sebut sahaja pickupline, pastinya akan dikaitkan dengan barisan ayat ‘mengorat’ atau ayat-ayat manis yang mampu membuatkan hati seseorang itu cair. Selain cinta hati, tahukah anda bahawa trend ini juga sweet jika ditujukan kepada ahli keluarga atau ibu bapa sendiri?

BACA : Jekfer Terkedu Dapat Pickupline Dari Lelaki, Tapi Ending Buat Ramai Tak Keruan

Apa bezanya emak dengan kereta?

Kalau tidak percaya, lihatlah apa yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama Kamal Abd Hamid apabila dia memberi pickupline khas buat ibu tercinta. Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebooknya, Kamal dengan penuh santai mengajukan soalan tentang perbezaan antara ibunya bersama kereta.

[VIDEO] Apa Beza Mak Dengan Kereta? Pickupline Lelaki Ini Buat Ramai Tersentuh

Tapi emak boleh bawa kita ke syurga..

Teragak-agak untuk membalas pickupline tersebut, warga emas itu hanya menggelengkan kepalanya menyatakan tidak tahu. Bagaimanapun, Kamal kemudiannya sempat memberikan respon win memaklumkan bahawa kereta boleh membawa berjalan-jalan tetapi kasih ibunya mampu membawa ke syurga.

 

[VIDEO] Apa Beza Mak Dengan Kereta? Pickupline Lelaki Ini Buat Ramai Tersentuh

Hargai mereka selagi masih ada..

Terkejut dengan pickupline berani daripada anaknya, wanita berkenaan kelihatan tersipu malu. Namun jelas terpancar, kebahagiaan dari raut wajah ibunya. Di akhir posting tersebut, Kamal sempat mengingati orang ramai agar sentiasa menghargai orang tua selagi mereka masih ada.


[VIDEO] Apa Beza Mak Dengan Kereta? Pickupline Lelaki Ini Buat Ramai Tersentuh [VIDEO] Apa Beza Mak Dengan Kereta? Pickupline Lelaki Ini Buat Ramai Tersentuh

Koyak hati ni rasa tengok senyuman bahagia tu..

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata mereka mengakui tersentuh  sehinggakan ada yang mengalir air mata saat melihat reaksi bahagia wanita berkenaan. Tidak kurang juga yang memuji akan hubungan mesra dua beranak tersebut selain mendoakan kesejahteraan buat si ibu tersebut.

[VIDEO] Apa Beza Mak Dengan Kereta? Pickupline Lelaki Ini Buat Ramai Tersentuh [VIDEO] Apa Beza Mak Dengan Kereta? Pickupline Lelaki Ini Buat Ramai Tersentuh [VIDEO] Apa Beza Mak Dengan Kereta? Pickupline Lelaki Ini Buat Ramai Tersentuh

Sumber : Facebook Kamal Abd Hamid

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Apa Beza Mak Dengan Kereta? Pickupline Lelaki Ini Buat Ramai Tersentuh

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram