Viral

[VIDEO] “Keluar Kalimah Muhammad Di Langit..” – Neelofa Kongsi Kisah Di Arafah

[VIDEO] “Keluar Kalimah Muhammad Di Langit..” – Neelofa Kongsi Kisah Di Arafah
Rasaflix

Sharing is caring!

Hati tentunya menjadi senang dan rasa bertuah kerana berpeluang menunaikan ibadah haji di usia muda. Pastinya ada sahaja cerita atau pengalaman indah yang ditempuhi sewaktu bergelar tetamu Allah. Hanya terpulang kepada seseorang itu untuk berkongsi pengalaman tersebut atau sebaliknya.

BACA : “Tak Berkelip Pandang Kaabah” -Wany Hasrita Kongsi Pengalaman Sebak Tunai Haji

Moment di sebalik pengalaman menunaikan haji..

Mengalami pengalaman yang sama, usahawan dan pengacara terkenal Neelofa mengakui bahawa kejadian itu masih segar diingatannya. Menerusi ‘live‘ di laman Instagram bersama Alif Satar, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi beberapa moment di sebalik pengalamannya menunaikan ibadah haji sewaktu sedang wukuf di Padang Arafah sekitar tahun lalu.

[VIDEO] “Keluar Kalimah Muhammad Di Langit..” – Neelofa Kongsi Kisah Di Arafah

Muncul kalimah ‘Muhammad’ di langit..

Menurut pengacara berusia 31 tahun ini, ketika itu berlaku fenomena luar biasa daripada cuaca panas kepada keadaan sekeliling yang berangin kuat diikuti bunyi kilat dan langit mendung. Kongsinya lagi, para jemaah ketika itu dikejutkan dengan satu cahaya di langit sebelum munculnya kalimah ‘Muhammad’.

Tengah-tengah berdoa, tiba-tiba ada cahaya di antara awan dan keluar kalimah ‘Muhammad’. Masa tu semua orang melalak dan meraung. Dua tiga kali juga keluar dan yang terakhir sekali keluar ‘Muhammad Rasullulah’. Saya nampak jelas dan ia berlaku dengan cepat..


[VIDEO] “Keluar Kalimah Muhammad Di Langit..” – Neelofa Kongsi Kisah Di Arafah

 

[VIDEO] “Keluar Kalimah Muhammad Di Langit..” – Neelofa Kongsi Kisah Di Arafah

Syukur dipilih sebagai saksi kebesaran itu..

Sebaik sahaja fenomena perubahan cuaca itu berlaku, dia menyaksikan umat Islam yang berada di sekitar khemah menadah tangan untuk berdoa kepada Allah. Hal ini kerana, Arafah sebelum ini tidak pernah mengalami hujan. Dia bagaimanapun mengakui perjalanan melengkapkan rukun Islam kelimanya itu disifatkan luar biasa dan bersyukur kerana ‘dipilih’ menjadi saksi kepada kebesaran itu.

Sumber : Instagram lofa.page

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] “Keluar Kalimah Muhammad Di Langit..” – Neelofa Kongsi Kisah Di Arafah

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram