Berlangsung dengan penuh meriah semalam, konsert Gegar Vaganza 2019 sekali lagi menarik perhatian ramai penonton. Bukan sahaja mendengar persembahan mantap daripada 3 peserta terbaik, malahan keletah pengacara iaitu Nabil Ahmad serta Jihan Muse nampaknya menambahkan lagi kerancakan program realiti berkenaan. Tidak ketinggalan, isteri kepada Datuk Ramli MS iaitu Datin Alyah Hasan sempat juga membuat konsert pembukaan dengan lagu ‘Meluruh’.
BACA : [VIDEO] Kembali Bergegar Dengan Lagu Awie, Naqiu Dapat Standing Ovation Juri
Ada benda yang macam “perlu ke cakap?”…Tapi saya tak ambil hati
Dalam pada itu, Nabil sempat juga meminta maaf kepada Datin Alyah berkenaan gelagatnya yang selalu mengusik dia serta Tok Ram. Namun dirinya mengakui tidak terasa hati kerana dianggap sebagai perkara biasa (minit ke 7:20).
Ni baru betul tulang belakang…Nampak?
Kemudian, rancangan itu diteruskan dengan persembahan khas daripada Nabil dan juga Jihan. Jika dilihat kembali, banyak betul adegan lucu yang dibuat oleh dua orang pengacara tersebut. Paling menarik perhatian adalah apabila Datin Alyah yang berada di balik tabir tiba-tiba diajak untuk melintasi pentas sebelum duduk di kerusi penonton. Dalam perjalanan tersebut, Jihan sempat mengusik penyanyi yang popular dengan lagu balada itu untuk bersalaman dengan suaminya terlebih dahulu.
Eh ada orang tu muka berserilah…
Namun begitu, dia menolak daripada berbuat seperti itu kerana katanya sudah bersalaman di rumah. Adegan itu ternyata membuatkan ramai berdekah kerana pada setiap minggu, ada saja benda yang dibuat oleh pengacara tersebut untuk menyakat Tok Ram. Selepas adegan tersebut, juri tetap itu sempat pula memberikan komen pedas dan lucu kepada Jihan dan juga Nabil. Kalau dengar betul-betul, jelas bahawa komen Tok Ram tentang ejaan dan perkataan ‘vavi’ itu ada double meaning (minit ke 10:00).
https://www.youtube.com/watch?v=QGqhIiEyjjE&feature=youtu.be
Sumber : Instagram Media Hiburan dan Youtube Macam Macam Ada