Viral

[VIDEO] Ingatkan Tak Pandai, Cucu ‘Terciduk’ Dengar Nenek Cakap Bahasa Jepun

[VIDEO] Ingatkan Tak Pandai, Cucu ‘Terciduk’ Dengar Nenek Cakap Bahasa Jepun

Sharing is caring!

Selain ibu ayah, kadangkala hubungan kita bersama dengan nenek memang sangat akrab. Mana tidaknya, sesetengah daripada kita membesar atas jagaan dan kasih sayang daripada mereka. Bahkan mereka sendiri lebih memanjakan kita memandangkan anak sendiri sudah besar-besar belaka dan sibuk dengan hidup masing-masing. Maka tidak hairanlah apabila wujudnya satu ukhuwah luar biasa yang membuatkan kita selesa menghabiskan masa dengan nenek.

BACA : Sanggup Ziarah Sampai Ke Jepun, Ayah Tersenyum Bahagia Tengok Anak Cedok Lauk

Haritu pergi Jepun tak ajak pun?

Bercakap tentang hubungan dengan nenek, sudah banyak video yang menjadi viral menyaksikan gelagat mereka bersantai dengan cucu. Tidak ketinggalan baru-baru ini, tular video berdurasi 9 saat menyaksikan seorang pemuda sedang berbual dengan neneknya. Menurut kaspyen yang ditulis pada video tersebut, @zlishfiq telah terbang ke Jepun dan neneknya sempat mempersoalkan mengapa dirinya tidak diajak ke sana.


Tak sangka nenek boleh cakap Bahasa Jepun

Entah bagaimana mulanya, warga emas berkenaan mula bertutur Bahasa Jepun dengan fasih sekali gus mengejutkan cucunya itu. Meskipun keletah mereka berdua hanya dirakamkan dalam tempoh sekejap sahaja, ternyata ia tetap mendapat perhatian netizen sehingga berjaya meraih 20 ribu jumlah retweet.

[VIDEO] Ingatkan Tak Pandai, Cucu ‘Terciduk’ Dengar Nenek Cakap Bahasa Jepun

[VIDEO] Ingatkan Tak Pandai, Cucu ‘Terciduk’ Dengar Nenek Cakap Bahasa Jepun


Orang tua memang reti cakap Jepun…Bukan kaleng-kaleng

Bahkan apabila menjengah ke ruangan komen pula, netizen nampaknya begitu kagum memandangkan warga emas itu boleh bertutur bahasa daripada negara matahari terbit tersebut dengan lancar. Dalam pada itu, ramai berkongsikan pengalaman sama bahawa datuk nenek mereka juga menguasai Bahasa Jepun kerana pernah hidup di zaman sebelum merdeka berpuluh tahun dahulu.

[VIDEO] Ingatkan Tak Pandai, Cucu ‘Terciduk’ Dengar Nenek Cakap Bahasa Jepun [VIDEO] Ingatkan Tak Pandai, Cucu ‘Terciduk’ Dengar Nenek Cakap Bahasa Jepun [VIDEO] Ingatkan Tak Pandai, Cucu ‘Terciduk’ Dengar Nenek Cakap Bahasa Jepun

[VIDEO] Ingatkan Tak Pandai, Cucu ‘Terciduk’ Dengar Nenek Cakap Bahasa Jepun
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter Li


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Ingatkan Tak Pandai, Cucu ‘Terciduk’ Dengar Nenek Cakap Bahasa Jepun

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram