Jodoh serta ajal seseorang telah ditetapkan oleh Tuhan dan tidak boleh dipertikaikan sama sekali. Maka tak hairanlah sekarang ramai adik yang lebih muda berkahwin terlebih dahulu daripada kakak atau abangnya. Keadaan ini dipanggil sebagai langkah bendul. Perkara ini merupakan tradisi bertentangan dengan adat masyarakat dahulu kerana mereka berpendapat bahawa yang tua sepatutnya berkahwin dulu.
BACA:Â [VIDEO] Menari Slow Mo TikTok, Gadis Malu Habis Kantoi Dengan Senior Handsome
Menangis tak tahan sedih tengok adik nikah dulu…redha dengan takdir, doa adik bahagia
Namun sekarang langkah bendul itu adalah benda yang normal. Dalam kegembiraan tersebut, pastinya ada terselit duka apabila melihat adik berkahwin dahulu persis kisah gadis dalam video ini. Gadis tersebut seakan-akan cuba menahan air mata melihat majlis akad nikah adik perempuannya sendiri. Meskipun berasa sedih memikirkan dirinya yang masih bujang, tetapi dia tetap mendoakan kebahagiaan kedua-dua pengantin baru itu.
@gagabutanqu Harus kuat, jan lemah🥺 #nikah #ditinggalnikah #tegar #fyp #xbcyza #fpi
♬ original sound – All About Music 🎵 – All About Music 🎵
Adik kahwin awal tapi rezeki kahwin lambat sikit akak dapat anak dulu…akan dapat jodoh terbaik
Rakaman berdurasi 17 saat itu telah dibanjiri oleh pelbagai komen daripada netizen yang turut mengalami pengalaman sama seperti gadis dalam video tersebut. Mereka ada berkongsi cerita di mana jodoh mereka sampai sedikit lambat berbanding si adik. Akan tetapi, rezeki Tuhan itu Maha Luas kerana dia disahkan hamil terlebih dahulu.
Sumber: TikTok gagabuntaqu
Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura
Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.
![Kisah Dunia [VIDEO] “Ingatkan Saya Kuat”-Gadis Menangis Adiknya Langkah Bendul Kahwin Dulu](https://erinsakura.com/wp-content/uploads/2020/06/erinsakura.com-f684de1403acaf4a56f6d688703eb6e8.jpg)