Hiburan

Nyanyian Ernie Mantap Tapi Tak Menang Langsung, Rupanya Ramai Tak Puas Hati

Nyanyian Ernie Mantap Tapi Tak Menang Langsung, Rupanya Ramai Tak Puas Hati
Rasaflix

Sharing is caring!

Selain Naim Daniel dan juga Aina Abdul, nama Ernie Zakri juga berada dalam jangkaan orang ramai bahawa dia bakal merangkul tempat dalam Anugerah Juara Lagu 34. Seperti yang diketahui, penyanyi genit ini sememangnya semakin popular sejak memenangi ‘Anugerah Vokal Terbaik’ pada AJL 32 bersama rakan gandingannya, Shamel. Maka tidak hairanlah sekiranya kali ini, ramai yang meletakkan harapan tinggi terhadap lagu ‘Ku Bersuara’.

BACA : Michael Ang Puji Haqiem Rusli, Rakan Artis Pula Kantoikan Perangai Sebenarnya

Lontaran vokal yang sungguh mantap

Tampil megah dengan busana indah sambil berdiri di atas sebuah pentas kecil, penyanyi bersuara lunak ini benar-benar memberikan yang terbaik dalam persembahannya. Meskipun hanya berdiri statik tanpa melakukan begitu banyak pergerakan, namun lontaran vokalnya benar-benar mantap bermula pada nada rendah sehinggalah tinggi.

Ekspresi muka yang on point

Bahkan pada minit ke 3:35 persembahan Ernie, dia seolah-olah memberikan kejutan apabila imejnya yang tadi berselubung terus berubah kepada satu persalinan beropol biru. Ekspresi muka saat melontarkan bait-bait lirik ditambah dengan kesan khas pentas membuatkan persembahan Ernie kedengaran sangat bertenaga.


Nyanyian Ernie Mantap Tapi Tak Menang Langsung, Rupanya Ramai Tak Puas Hati

Nyanyian Ernie Mantap Tapi Tak Menang Langsung, Rupanya Ramai Tak Puas Hati

Macam ni punya vokal pun tak menang langsung

Walaupun persembahannya kelihatan sempurna, namun rezeki tidak berpihak kepada Ernie meskipun ramai meyakini bahawa dia bakal menjadi juara mahupun mendapat ‘Anugerah Vokal Terbaik’. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen dilihat meluahkan rasa tidak puas hati kerana mereka merasakan Ernie layak menggondol kedudukan pada semalam. Ada juga yang berharap agar dia dapat melebarkan sayap lebih luas ke negara luar selain Malaysia.

Nyanyian Ernie Mantap Tapi Tak Menang Langsung, Rupanya Ramai Tak Puas Hati

Nyanyian Ernie Mantap Tapi Tak Menang Langsung, Rupanya Ramai Tak Puas Hati


Nyanyian Ernie Mantap Tapi Tak Menang Langsung, Rupanya Ramai Tak Puas Hati

Sumber : Youtube TV3MALAYSIA Official


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Nyanyian Ernie Mantap Tapi Tak Menang Langsung, Rupanya Ramai Tak Puas Hati

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes