Siapa saja tidak berasa sedih apabila salah seorang ahli keluarga disahkan terkena jangkitan COVID-19. Walaupun hanya duduk di rumah, namun tak mustahil seseorang itu boleh dijangkiti wabak ini. Sayu hati, demikianlah gambaran yang terlintas saat seorang gadis ini terpaksa melihat ibunya dihantar untuk menerima rawatan.
BACA : Ayah Pergi Akibat Covid-19, Anak Terkilan Tak Dapat Dakap Buat Kali Terakhir
Bye mak jangan nangis tau…sebak weh tapi terpaksa tahan
Fazyana telah berkongsi satu video yang memaparkan saat-saat sebelum ibunya dibawa ke pusat rawatan akibat COVID-19. Ketika ibu kepada gadis ini masih berada di luar rumah, dia sempat memberi kata semangat termasuklah menasihati wanita berkenaan supaya tidak menangis. Suara Fazyana di dalam rakaman tersebut kedengaran seperti sedang menahan sebak. Mereka berdua turut melambai antara satu sama lain sebelum wanita yang berpakaian ungu tersebut diiring menaiki ambulans.
https://www.tiktok.com/@fazyana_fc_ttglbc/video/6902334978156154114?_d=secCgsIARCbDRgBIAMoARI%2BCjxqtNlYL1WBS0FjYGNLf2E0GiRgMFfdLsvGRpz7gv0Ep2W8e2DYvQ1Bl4a9utPBnsWLUhxbO1GYxCyloDoaAA%3D%3D&language=en&mid=6902334989665438465&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAATiANUHGbepRTZoQ4E9LGBmCqUWTL6srL7LT_56lgpmIDMd-FLs0zeJQ7eOGxIEdP&share_item_id=6902334978156154114&share_link_id=EA4583A0-6C47-4FE3-94DC-0BC581C5357C×tamp=1607125451&tt_from=copy&u_code=dbm0878eg65k9g&user_id=6814510375414432769&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&source=h5_t
Bila tengok video ni terus rasa sedih…semoga mak cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan…
Difahamkan juga, Fazyana dan satu keluarga yang tinggal bersama akan menjalani saringan. Meraih lebih 80 ribu tontonan di aplikasi Tiktok, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan mendoakan kesihatan ibunya supaya bebas daripada wabak ini. Ada juga yang berkongsi rasa sedih kerana rakaman ini telah mengingatkan kepada ibu masing-masing yang sudah dijemput Allah.
Sumber : Tiktok Fazyana