Viral

[VIDEO] Raih 8 Juta Views, Suami Isteri Kelam-Kabut Jaga 4 Bayi Kembar Serentak

[VIDEO] Raih 8 Juta Views, Suami Isteri Kelam-Kabut Jaga 4 Bayi Kembar Serentak
Rasaflix

Sharing is caring!

Tidak dinafikan, kebanyakan ibu bapa pastinya berasa teruja dengan kehadiran zuriat sebagai penyeri rumah tangga. Namun tugas menguruskan bukanlah satu perkara mudah lebih-lebih lagi jika memiliki anak kembar. Selain perlu memikirkan tentang kos penjagaan, mereka juga pasti akan berhadapan dengan pelbagai cabaran melayan kerenah si cilik berkenaan. Demikianlah gambaran menerusi perkongsian video seorang wanita di TikTok baru-baru ini sehingga menjadi perhatian ramai.


BACA: Disangka Pakai Filter Kamera, Ramai Terkejut Gadis Manis Ini Rupanya Kembar 3

Tak menang tangan nak layan empat anak kembar…terpaksa biarkan 2 kembar menangis kejap

Biarpun nampak meriah, hakikatnya kepayahan menjaga empat orang kembar dalam masa serentak merupakan satu pengalaman baru buat Deanne dan suami. Menerusi paparan tersebut, kelihatan dua anaknya menangis tanpa henti di buai tidur. Sementara itu, mereka dilihat sibuk memberikan susu kepada dua kembar yang lain. Seolah-olah tidak menang tangan dengan situasi tersebut, lelaki berkenaan terpaksa membiarkan sahaja bayi-bayinya buat seketika.


@quadrupletmom

People may think I’m crazy but I wouldn’t want it any other way with these four kids even if they scream and cry all day😊👈🏻

♬ Oh No – Kreepa

Nanti mesti rindu moment indah macam ni…muka ayah dia pasrah je

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengagumi kesabaran Deanne dan suami yang menjaga empat anak kembarnya. Selain meyakini ibu bapa tersebut bakal merindui moment indah ini, mereka juga berkongsi pengalaman tatkala menjaga cahaya mata masing-masing. Secara keseluruhan, video berkenaan telah berjaya meraih 8 juta jumlah tontonan setakat ini.


[VIDEO] Raih 8 Juta Views, Suami Isteri Kelam-Kabut Jaga 4 Bayi Kembar Serentak

[VIDEO] Raih 8 Juta Views, Suami Isteri Kelam-Kabut Jaga 4 Bayi Kembar Serentak

[VIDEO] Raih 8 Juta Views, Suami Isteri Kelam-Kabut Jaga 4 Bayi Kembar Serentak

[VIDEO] Raih 8 Juta Views, Suami Isteri Kelam-Kabut Jaga 4 Bayi Kembar Serentak

[VIDEO] Raih 8 Juta Views, Suami Isteri Kelam-Kabut Jaga 4 Bayi Kembar Serentak

Sumber: Instagram annacountry_forever, TikTok Deanna Heath

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Raih 8 Juta Views, Suami Isteri Kelam-Kabut Jaga 4 Bayi Kembar Serentak

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram