Utama Artis "I Nampak Petunjuk Tu Kat You" - Neelofa Puji Kisah...

[VIDEO] “I Nampak Petunjuk Tu Kat You” – Neelofa Puji Kisah Hijrah Michael Ang

Beberapa hari sebelum memasuki bulan Ramadhan yang lalu, industri seni tanah air telah digemp4rkan dengan berita penghijrahan agama oleh pengarah terkenal iaitu Michael Ang. Menariknya lagi, perkara tersebut sebenarnya telah dirahsiakan olehnya sejak setahun lepas lagi, di mana dia cuma memberitahu ahli keluarga dan teman rapat sahja tentang perkara tersebut. Antaranya adalah hos dan model antarabangsa, Neelofa.

BACA: “Baru Natural Beauty” – Neelofa Jadi Muka Depan Majalah, Tanpa Sebarang Make Up!




Menerusi salah satu episod dalam program terbarunya iaitu ‘Chit-Chat with Michael Ang’ bersama selebriti menawan itu, Michael mendedahkan bahawa Neelofa pernah try¬†mengisIamkan dirinya sewaktu penggambaran sebuah drama ketika di ibu kota Rom, Itali pada 2018.

Ingat tak kita rekod 1 video you nak IsIamkan I? Sebenarnya I dah convert masa tu




Mengakui dirinya sengaja pujuk Michael Ang kepada agama tersebut, Neelofa sendiri berseloroh menyatakan bahawa perkara itu dilakukan olehnya selepas melihat tanda-tanda jelas yang dipaparkan oleh pengarah drama terkenal itu.

I tertanya2 adakah Michael dah IsIam…sebab tu I selalu push you




Menerusi rancangan yang berkonsepkan talkshow itu, Michael juga sempat berkongsi cerita bagaimana hatinya boleh terbuka untuk mendalami agama tersebut. Neelofa pula mendoakan agar Michael sentiasa kental dan kekal istiqamah menempuh cabaran bergelar seorang saudara baru.

Video penuh Neelofa Pernah Cuba IsIamkan Michael

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut tumpang gembira melihatkan dirinya yang sangat ikhlas memeluk agama suci ini. Ada juga yang memuji tindakan Neelofa yang bertindak selaku seorang rakan dan pembimbing yang baik kepada orang lain.




Itulah keistimewaan bila dapat kawan yang perangai & peribadi yang baik

Happy sangat dapat tengok korang cerita pasal penghijrahan…




Muka Michael berseri betul dengan cahaya Nur




Sumber: IG

Artikel Popular