Setiap rumah tangga sudah ditetapkan rezeki zuriat masing-masing oleh Allah. Sesetengahnya dikurniakan zuriat sejurus selepas kahwin dan sesetengah lagi perlu berusaha keras untuk memiliki anak sendiri bertahun lamanya. Seperti kisah seorang wanita ini pula, dia gigih mencuba kaedah rawatan bayi tabung uji (IVF-In Vitro Fertilisation) demi memiliki anak sendiri. Namun sudah menjadi takdir, bayi yang terhasil daripada sesi rawatan pertama itu mengalami keguguran pada usia 6 minggu.
BACA :Â 5 Tahun Kahwin Tapi Tiada Anak, Terus Nangis Lepas Doktor Tunjuk Pregnant Test
Dikurniakan 3 bayi sekali gus
Perkara itu dikongsikan menerusi Instagram seorang pakar perubatan bernama Dr Thoka Muhammad sejak minggu lalu. Tetapi, siapa menduga segala kejadian itu mempunyai hikmahnya apabila wanita berkenaan menerima ‘hadiah’ baru daripada Allah tiga bulan kemudian. Bukan satu atau dua, malahan dia dikurniakan 3 janin kembar sekali gus dalam kandungan terbarunya.
Degupan jantung makin tambah syahdu
Menerusi paparan video berkenaan, Dr Thoka telah membuat pemeriksaan ultrasound dan jelas kelihatan terdapat 3 kantung. Katanya, keadaan janin-janin tersebut adalah sangat sihat dan beliau sempat berpesan pada ibu mengandung tersebut agar menjaga dirinya baik-baik. Dalam pada itu, bunyi degupan jantung yang kedengaran semasa pemeriksaan juga menambahkan sebak apalagi wanita itu turut tersenyum lebar dengan berita baik tersebut.
Rezeki Allah memang hebat
Menjengah ke ruangan komen pula, kebanyakan netizen dilihat turut menumpang gembira dengan detik indah yang dikurniakan kepada wanita itu. Selain itu, mereka mendoakan yang terbaik dan berharap suatu hari nanti mereka turut merasai pengalaman sama.
Sumber : Instagram Dr Thoka Muhammad