Hiburan Viral

[VIDEO] Gigih Buat Parodi Lawak Drama ‘Adellea Sofea’, Douglas Lim Undang Tawa

[VIDEO] Gigih Buat Parodi Lawak Drama ‘Adellea Sofea’, Douglas Lim Undang Tawa
Rasaflix

Sharing is caring!

Penangan drama ‘Adellea Sofea’ hasil arahan Shahrulezad Mohameddin sememangnya terus merobek jiwa penonton dengan jalan ceritanya yang menghampiri klimaks. Tidak sekadar trending di Twitter setiap kali tamat bersiaran, malahan Instagram para pelakonnya sering kali dibanjiri dengan pelbagai komen sedih mahupun marah daripada netizen. Dalam pada itu, pelawak serta pengacara terkenal berbangsa Cina iaitu Douglas Lim nampaknya turut terjebak sama dalam fenomena drama Melayu ini.

BACA : [VIDEO] Ramai Geram Fir Tengking Sofea, Rupanya Itu Babak Dedikasi Buat Penagih

Penagih ‘dadar’…I memang suka telur macam tu


Buktinya, dia mengambil peluang untuk membuat parodi dengan selitan pelbagai adegan lucu. Mula dikongsikan sejak beberapa hari lalu menerusi Instagram peribadi miliknya, siapa menyangka parodi melucukan itu benar-benar mendapat perhatian ramai. Dengan mengambil potongan babak penuh suspense, dia yang turut berbaju putih persis watak Fir mula menukarkan dialog asal dengan kata-kata ‘merapu’. Selain itu juga, Douglas turut memegang watak sebagai pengarah yang kononnya penat dengan karenah pelakon utama sewaktu penggambaran dijalankan.

Pasal kuaci pun kau nak gaduh ke?

Dengan parodi santai dan dialog yang cukup kreatif sedemikian rupa, Shahrulezad sendiri nyatanya turut terhibur dengan percubaan pelawak ini memparodikan drama arahannya. Bahkan salah satu video asal yang disunting oleh Douglas turut dikongsikan semula oleh pengarah ini ke laman Instagramnya. 


Manalah dapat idea…Dahsyat betul parodi

Walaupun ia nampak simple, namun semuan adegan tersebut cukup mencuit hati ramai khususnya buat penonton yang sememangnya peka dengan setiap babak dalam ‘Adellea Sofea’. Melihat kepada ruangan komen setiap video itu, rata-rata netizen menyifatkan idea parodi Douglas memang sangat lucu sehingga menghiburkan hari-hari mereka.

[VIDEO] Gigih Buat Parodi Lawak Drama ‘Adellea Sofea’, Douglas Lim Undang Tawa [VIDEO] Gigih Buat Parodi Lawak Drama ‘Adellea Sofea’, Douglas Lim Undang Tawa [VIDEO] Gigih Buat Parodi Lawak Drama ‘Adellea Sofea’, Douglas Lim Undang Tawa

Sumber : Instagram Budak Ijat dan Douglas Lim

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Gigih Buat Parodi Lawak Drama ‘Adellea Sofea’, Douglas Lim Undang Tawa

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram