Kehadiran bulan Ramadan pastinya dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia kerana keberkatannya termasuklah peluang menjalani ibadah puasa. Namun begitu, saban tahun ia tetap sahaja ada saja dicemari dengan kemunculan segelintir individu yang tanpa segan silu membeli makanan secara terbuka pada siang hari.
BACA :Â Nak Tipu Puasa Rasa Bersalah, Hairul Azreen Terdiam Bila Dengar Pengakuan Anak
Geng plastik hitam beratur beli nasi ayam..
Baru-baru ini, tular satu rakaman video yang dikongsi oleh seorang pengendali Twitter bernama Anwaruddin Adnan mengenai gelagat ‘geng plastik hitam’ yang dikesan sedang beratur di hadapan sebuah restoran Cina. Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sekitar Kemaman Idaman, Terengganu dan kewujudan beberapa motosikal serta kereta yang parking di tepi jalan telah menarik perhatian si perakam.
Bertempiaran lari masuk dalam kereta..
Berdasarkan paparan berdurasi kurang seminit itu, individu berkenaan kemudiannya menyergah pembeli yang beragama Islam sambil berseloroh memaklumkan bahawa mereka dari ‘pejabat agama’. Cemas dengan situasi tersebut, 2 orang lelaki dilihat bertempiaran lari sebelum bergegas untuk masuk ke dalam kereta.
16 puasa in real life di kemaman idaman ggagsgsgagagagahahahahahahsgs pic.twitter.com/q1rMXHStMZ
— انوار (@AnwaruddinAdnan) May 12, 2020
Dah tua-tua pun ponteng puasa lagi?
Klip video tersebut telah meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan selain dihujani pelbagai reaksi pengguna Twitter. Rata-rata netizen menyelar tindakan geng plastik hitam’berkenaan kerana tidak menghormati bulan Ramadan. Tidak kurang juga yang mengakui terhibur melihat reaksi spontan mereka yang ‘mencicit’ beredar dari premis berkenaan.
Sumber : Twitter AnwaruddinAdnan