Ekoran daripada hujan lebat yang telah menyebabkan beberapa buah kawasan dinaiki air, ramai orang awam turut turun memberikan bantuan. Hal ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan keresahan yang dialami oleh golongan yang terjejas. Dalam masa sama, masih ada yang sempat mencari ruang untuk berseronok dengan cara tersendiri bagi melupakan sebentar kedukaan tatkala ditimpa musibah ini.
BACA :Â [VIDEO] Anak Teruja Main Banjir, Tapi Ayah Pula Yang Risau Bakal Dimarah Bini
Kalau dah penat dekat mana-mana pun boleh tidur… selamba je dia baring atas tilam tu
Hal ini sama seperti seorang pemuda ini apabila dia dengan selamba meredah air banjir yang deras itu tanpa sedikit pun rasa cuak. Berdasakan video berkenaan, dapat dilihat pemuda yang dikenali sebagai Faris ini sedang berbaring di atas tilam sambil dibawa arus air. Walaupun hujan, lelaki berbaju kuning ini kelihatan seolah-olah selesa dengan situasi berkenaan dan lena tidur di tempat berkenaan.
https://twitter.com/muhamadfaris22/status/1348131190256013312?s=21
Kalau macam ni gaya dia tidur sedar-sedar je dah sampai Laut China Selatan…
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat situasi di dalam video berkenaan. Selain daripada meminta Faris untuk berhati-hati, mereka juga sempat berseloroh dengan menyatakan bahawa pemuda ini adalah watak Jack di dalam filem ‘Titanic’ dan dibuang daripada kapal. Video yang berdurasi 18 saat itu telah meraih hampir 20 ribu retweets semenjak dimuat naik.
Sumber : Twitter Muhamad Faris