Keluarga

[VIDEO] 3 Bulan Tak Jumpa, Anak Malu-Malu Intai Ayah Baru Balik Bertugas

[VIDEO] 3 Bulan Tak Jumpa, Anak Malu-Malu Intai Ayah Baru Balik Bertugas
Rasaflix

Sharing is caring!

Demi tugas pada negara, sudah menjadi lumrah setiap anggota beruniform khususnya tentera apabila terpaksa berpisah jauh dengan keluarga tersayang. Bukan sahaja diri sendiri yang perlu menahan rindu, malah isteri dan anak-anak turut sama berkorban perasaan yang sama untuk tempoh berbulan atau bertahun lamanya. Bagi mereka yang memiliki zuriat kecil pula, mereka mungkin tak mengenali ibu atau bapa sendiri gara-gara jarang bertemu.

BACA :Ā [VIDEO] Ayah Geram Tengok Duit Bunga Gergasi Tak Tahan Nak Petik Sekuntum

Pelik tengok ayah lepas 3 bulan tak jumpa…bila dah balik dia intai-intai kat pintu

Menerusi perkongsian oleh Puan Haryatie baru-baru ini, anaknya dilihat tercegat di pintu sambil mengintai seorang lelaki yang berada di luar rumah. Setelah merenung lama wajahnya, si cilik bernama Mikayla itu kemudiannya perlahan-perlahan berjalan menuju ke arah individu berbaju coklat tersebut yang merupakan bapanya. Tanpa berlengah, si kecil berkenaan terus didukung serta dikucup beberapa kali sebagai tanda melepaskan rindu.


@dekyatt93

Pelik tgk ayahnya 3bulan tak jumpa bile ayah balik intai2 hehehee #anakaskarkenakentalšŸ˜Ž #warkahcintatenterašŸ‡²šŸ‡¾šŸ’š

ā™¬ original sound – Dekyatt – Dekyatt

Anak-anak askar memang kuat…sebaknya aura rindu diorang ni lain macam sikit

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat ragam si cilik dan bapanya dalam video berkenaan. Selain menyifatkan budak berbapakan tentera sebagai golongan yang cukup tabah, mereka turut terharu lihat detik masing-masing sedang merawat rindu yang terpendam sekian lama. Video berdurasi 31 saat ini telah meraih hampir 100 ribu tontonan setakat ini.

[VIDEO] 3 Bulan Tak Jumpa, Anak Malu-Malu Intai Ayah Baru Balik Bertugas

[VIDEO] 3 Bulan Tak Jumpa, Anak Malu-Malu Intai Ayah Baru Balik Bertugas

[VIDEO] 3 Bulan Tak Jumpa, Anak Malu-Malu Intai Ayah Baru Balik Bertugas

 

Sumber : Tiktok Dekyatt

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura


Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.


[VIDEO] 3 Bulan Tak Jumpa, Anak Malu-Malu Intai Ayah Baru Balik Bertugas

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Welcome to Erin Sakura

Install
×