Viral

[VIDEO] Anak Teruja Main Banjir, Tapi Ayah Pula Yang Risau Bakal Dimarah Bini

[VIDEO] Anak Teruja Main Banjir, Tapi Ayah Pula Yang Risau Bakal Dimarah Bini
Rasaflix

Sharing is caring!

Sekitar semalam, sesetengah kawasan telah dinaiki air hujan lebat turun dalam tempoh yang agak lama. Gara-gara itu, terdapat pelbagai telatah dan aksi yang mencuit hati dilihat sepanjang musim banjir termasuklah video si cilik ini.

BACA: Anak Mengadu Teruk Dimarah, Ibu Terjah Denda Ustazah Merangkak Satu Kelas

Tengok kiri kanan…‘line clear’ terus masuk air

Menerusi rakaman yang dikongsi oleh Amirul Ikhwan di aplikasi TikTok, anaknya dilihat konon sedang memantau kawasan dinaiki air naik seperti beberapa orang awam lain. Namun mungkin timbul rasa geram melihat air di depan mata, budak perempuan itu buat-buat terjatuh sebelum main air di kawasan banjir tersebut.


[VIDEO] Anak Teruja Main Banjir, Tapi Ayah Pula Yang Risau Bakal Dimarah Bini

Anak daddy habis basah…macam mana la nak jawab dengan mummy ni

Malah jelas terpancar keseronokan si cilik itu apabila berpeluang main pada paras yang cetek itu. Walau bagaimanapun, si bapa sempat akui risau bakal dimarahi isterinya nanti kerana membiarkan anak perempuan mereka sebegitu serta pakaiannya jadi basah lencun.

@amirulbimmer

Alamakkk, anak daddy ni, macam mana laa nk jawab ngn mummy ney…habis basah.. #fyp #tiktokviral

♬ Oh No Oh No Oh No No No – Dubskie

Ni la masanya nak main air… kena bebel belakang kira

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat budak kecil itu. Bukan setakat memuji kecomelannya, mereka juga berseloroh tentang hukuman yang bakal menanti Amirul Ikhwan apabila isterinya tahu tentang situasi tersebut. Secara keseluruhannya, video berdurasi 19 saat itu telah meraih lebih 80 ribu jumlah tontonan setakat ini.

[VIDEO] Anak Teruja Main Banjir, Tapi Ayah Pula Yang Risau Bakal Dimarah Bini


[VIDEO] Anak Teruja Main Banjir, Tapi Ayah Pula Yang Risau Bakal Dimarah Bini [VIDEO] Anak Teruja Main Banjir, Tapi Ayah Pula Yang Risau Bakal Dimarah Bini

Sumber: TikTok amirulbimmer

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Anak Teruja Main Banjir, Tapi Ayah Pula Yang Risau Bakal Dimarah Bini

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram