Utama Artis Erma Fatima Dapat Diari Berserta Doa, Keikhlasan Citra Dipuji Netizen

[VIDEO] Erma Fatima Dapat Diari Berserta Doa, Keikhlasan Citra Dipuji Netizen

Baru-baru ini, pengarah dan pelakon terkemuka, Erma Fatima telah menyambut ulang tahun kelahirannya. Bersempena hari istimewa tersebut, dia telah memuat naik satu video di laman IG, berkongsi tentang hadiah paling menyentuh hatinya pada tahun ini. Hadiah itu diterima daripada anak syurganya, Citra. Erma Fatima mempunyai lima orang anak angkat dan Citra adalah yang paling istimewa kerana dia mempunyai masalah kerosakan dalam otaknya.

BACA: Persis Wajah Kajol, Anak Syurga Erma Fatima Rupanya Seorang Penerbit Eksekutif

Diari mengandungi doa buat Erma…

Citra telah menghadiahkan diari miliknya. Namun apa yang benar-benar menyentuh hati adalah diari tersebut dipenuhi dengan doa-doanya setiap hari untuk Erma dan ahli keluarganya yang lain. Menurut pelakon dan pengarah itu, hadiah tersebut sangatlah menyentuh hati.




Walaupun dilahirkan sebagai anak istimewa, Erma sering menyifatkan Citra sebagai seorang anak yang bijak dan seorang business-minded.

Netizen juga merasakan bahawa hadiah oleh anak syurganya itu lahir dari keikhlasan hatinya.

Ikhlasnya sayang dan kasih Citra…

Hadiah paling best, kreatif dan penuh kasih sayang…

Amat tersentuh, sebaknya…




Selain itu, netizen juga dilihat mendoakan perkara yang baik-baik buat Erma Fatima sekeluarga.

Semoga Citra sentiasa ceria dan bahagia…

Sumber: IG ermafatima & lobakmerah

Artikel Popular