Orang dulu-dulu kata, jangan benci seseorang melebih-lebih kerana takut nanti perasaan itu bertukar menjadi sayang. Jika diimbas semula, bukan sekali dua kita membaca kisah perkahwinan orang yang perkenalannya bermula dengan rasa tidak suka. Sesungguhnya takdir Tuhan sangat sukar dijangka, seorang gadis dari Indonesia ini turut menyimpan kisah yang sama.
BACA:Â [VIDEO] Ikut Jodoh Pilihan Keluarga, Tak Sangka Rupanya Teman Wanita Sendiri
Dulu benci calon suami sekarang makin sayang…hadiah birthday paling terindah buat si gadis
Pengguna akaun TikTok @candraaariyani, mendedahkan pernah membenci bakal suaminya sebelum ini. Namun, tanpa disangka-sangka hubungan mereka kini sudah sampai ke fasa bertunang. Persiapan majlis itu hanya mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan dan Candra juga meluahkan rasa terharu serta menghargai perjuangan bakal suami untuk mengambil hatinya. Apa yang lebih menggembirakan, majlis pertunangan mereka dikatakan berlangsung pada hari lahir gadis tersebut sekali gus menjadi hadiah paling terindah pernah dimiliki.
https://www.tiktok.com/@candraaariyani/video/6903739899074104577?sender_device=pc&sender_web_id=6897143108748772865&is_from_webapp=1
Dulu pernah diejek teman lelaki & sekarang sudah 5 tahun bersama…
Video berdurasi 18 saat ini telah meraih lebih 500 ribu jumlah tontonan, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Candra dan tunangnya. Mereka turut berkongsi pengalaman masing-masing yang sama dengan kisah cinta mereka malah memberi nasihat agar jangan terlalu membenci seseorang kerana mungkin dia adalah jodoh dari Tuhan.
SUMBER: TikTok @candraaariyani