Berkhidmat sebagai tentera merupakan satu tanggungjawab yang berat untuk dipikul. Selain terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga, ada juga yang sedih kerana tidak dapat melihat anak-anak mereka membesar di depan mata. Walaupun perit untuk ditelan tetapi hanya mereka tabah sahaja dapat melalui situasi ini.
BACA : [VIDEO] Tak Kesian Ke – Ayah Sebak Dengar Suara Anak Terkandas Di Perantauan
Umur 10 bulan sudah terpisah…anak menangis mengelak daripada si ayah
Wanita mesra dengan panggilan Miki telah berkongsi video detik-detik tatkala seorang budak bertemu semula dengan ayahnya yang baru pulang berkhidmat sebagai Tentera Udara Diraja Malaysia. Gara-gara terpisah sejak umur 10 bulan, kanak-kanak yang bernama Naufal ini pada awalnya cuba mengelak daripada didukung kerana tidak mengenali ayahnya. Di akhir video, si cilik yang berusia 1 tahun 4 bulan ini dilihat sudah boleh membiasakan diri serta selesa dengan lelaki berkenaan.
@xdsk_ Finally naufal 🥲 tak sempat jumpa adik dia🤲🏻😌
Bukan tak kenal cuma merajuk je tu…suami sedih tak boleh tengok anak besar depan mata
Bukan sahaja merasa sebak, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka saat terpaksa berjauhan dengan anak-anak. Di samping berseloroh bahawa Naufal cuma merajuk dengan ayahnya, mereka juga memberi kata-kata semangat kepada anak dan isteri anggota TUDM tersebut. Setakat ini, video yang berdurasi 19 saat itu telah meraih lebih 300 ribu tontonan di aplikasi Tiktok.
Sumber : Tiktok @xdsk_