[VIDEO] Dr Imelda Kongsi Adegan Baby ‘Minum’ Air Ketuban Ibu, Ramai Jadi Teruja

Sewaktu teknologi dalam bidang kehamilan belum berkembang pada zaman dahulu, nenek moyang kita mempunyai cara khas bagi mengesan jantina dan memantau keadaan ibu-ibu mengandung. Bukan sekadar penggunaan petua ekstrem, malahan ada sesetengahnya yang memberikan keputusan kurang tepat. Namun dengan wujudnya mesin ultrasound scan, wanita zaman kini dapat memeriksa perkembangan janin mereka dengan terperinci sama ada dalam kondisi sihat ataupun sebaliknya.

BACA : Baru Bersalin 6 Bulan Tapi Terhamil Lagi, Suami Tolonglah Bagi Isteri Berehat

Gambar sekadar hiasan

Janin dalam kandungan sihat akan minum air ketuban

Advertisement

Menjengah kepada Facebook peribadi milik Prof Dr Imelda Balchin selaku Pakar Kesihatan Ibu Hamil & Janin pula, beliau ada berkongsikan sebuah video pendek yang cukup menarik perhatian ramai. Mula dimuat naik sekitar Selasa lalu, rakaman berdurasi 19 saat berkenaan sudah ditonton lebih 20 ribu kali. Pertama kali melihat hasil scan ini, pastinya kita semua tidak mengecam apakah yang sedang dilakukan oleh janin tersebut.

Janin yang kurang sihat tidak cergas

Advertisement

Namun setelah ditonton dengan teliti bersama penerangan daripada pakar perubatan itu, barulah kita perasan rupanya janin tersebut sedang menelan air ketuban dalam rahim ibunya. Situasi tersebut mungkin agak jarang dilihat oleh kita semua kan? Selalunya jika menyaksikan video scan perut ibu mengandung, hanya degupan jantung yang dapat kita perhatikan. Menurut Prof Dr Imelda, pergerakan tersebut adalah perkara biasa dan membuktikan bahawa janin berada dalam kondisi terbaik.

Cantiknya kejadian…MasyaAllah

Advertisement

Di hujung kapsyen video itu, beliau sendiri merasa lucu dengan pemeriksaan janin dalam perut wanita berkenaan. Netizen pula sempat berkongsikan rasa teruja memandangkan mereka bukan selalu dapat menyaksikan pergerakan sedemikian rupa. 

Sumber : Facebook Dr Imelda Balchin

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement