Sikap berbuat baik bukan hanya dengan manusia sahaja, malah kita juga digalakkan untuk menerapkan amalan tersebut kepada haiwan. Tidak dinafikan, binatang seperti anjing jalanan antara yang sering disisihkan masyarakat dek kerana risau akan dikejar dan sebagainya. Namun hakikatnya, hidupan ini juga perlu diberikan perhatian dan itulah yang cuba ditonjolkan oleh seorang wanita sehingga videonya tular di TikTok.
BACA:Â Berkat Driver Teksi Yang Rajin Sedekah, Mr Os Berjaya Besarkan Anak Jadi Doktor
Gaul nasi dengan ikan goreng…beri kepada anjing jalanan, sentiasa tunggu datang
Seperti sudah menjadi kebiasaan, Nufa mengakui akan memasak nasi sebelum menggaulkannya bersama ikan goreng. Malah makanan yang siap dibungkus akan diberikan kepada anjing jalanan di sekitar kawasan perumahannya. Namun apa yang mencuri perhatian, haiwan tersebut dilihat seolah-olah sentiasa menantikan kehadirannya sama ada waktu siang mahupun malam.
@queffia1 Hope takde yg kejam 🤣🤣 #foryoupage #fypシ #fyp more detail caption bole tngok di ig nurulfajnd
@queffia1 Tengah leka2 panggil yg lain dia datg kiss pulak 🤣 jangn risau dah SAMAK ye , #dog #foryoupage #fyp #fypシ
Pernah dipertikai sebab bungkus makanan pakai kertas conteng
Meskipun pernah dikecam gara-gara membungkus makanan dengan kertas contengan, namun usahanya untuk membantu haiwan tersebut tidak terhenti. Malah dia juga dilihat membersihkan sisa kertas selepas semua anjing itu selesai makan.
@queffia1 Abai kan carutan tu disebbkan dog tu main terjah hahahahha #KampungKu #foryoupage #fypã‚· #fyp
Dah bagi makan, siap bersihkan lagi…kagum dengan sikap dia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengagumi sikap baik hati Nufa malah turut mendoakannya agar dimurahkan rezeki. Secara keseluruhan, video itu telah meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan setakat ini.
Sumber: Instagram nurulfaajnd, TikTok queffia1
![Kisah Dunia [VIDEO] Dikecam ‘Tapau’ Nasi Guna Kertas, Tapi Tak Serik Sedekah Pada Anjing](https://erinsakura.com/wp-content/uploads/2020/06/erinsakura.com-f684de1403acaf4a56f6d688703eb6e8.jpg)