“Manis, cantik dan lemah lembut”. Demikianlah gambaran personaliti Anzalna Nasir yang masih terlihat anggun meskipun sudah bergelar ibu. Berkahwin dengan jejaka bernama Hanif Zaki pada 2016, perkahwinan mereka bertambah bahagia dengan kehadiran anak sulung bernama Mohamad Eidrees. Baru-baru ini juga, suami isteri berkenaan telah melangsungkan sebuah majlis aqiqah khas buat si manja mereka.
BACA :Â [VIDEO] Lain Disebut Lain Pula Diteka, Berdekah Tengok Artis Main Game Berbisik
Muat naik video baju dan ruangan dewan indah
Sebelum ini juga, Anzalna pernah berkongsikan beberapa posting yang mengundang tanda tanya daripada pihak netizen. Memuat naik video memaparkan satu persalinan gaun cantik beserta ruangan dewan yang dihias indah, kebanyakan netizen mengganggap orang terdekat Anzalna akan melangsungkan sebuah majlis perkahwinan.
Majlis aqiqah dan aniversary berjalan serentak
Namun begitu, semua persoalan seakan terjawab kerana rupa-rupanya ia merupakan persiapan majlis aqiqah buat Mohamad Eidrees yang berlangsung meriah pada semalam. Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa acara itu mengenakan konsep gah seakan-akan sebuah resepsi perkahwinan bukan? Difahamkan juga, acara tersebut disambut sekali dengan hari ulang tahun perkahwinan Anzalna serta suami yang keempat tahun ini.
Makeup nampak natural…Baju persis busana pengantin
Maka tidak hairanlah busana yang dikenakan oleh Anzalna mempunyai aura seakan-akan baju persandingan. Bukan sahaja perletakan manik yang menambahkan keindahan busana tersebut, malahan make up yang natural serta pemakaian kain veil menaikkan lagi kecantikan atres berkenaan.
Dah macam kahwin sekali lagi
Bukan sahaja memuji dekorasi pelamin majlis berkenaan, malahan netizen juga menjadi terpaku dengan keanggunan Anzalna pada malam tersebut. Bagaikan bersanding untuk kali kedua, demikianlah gambaran dan pujian ramai orang selepas melihat majlis indah berkenaan.
Sumber : Instagram Anzalna Nasir, Eh Malaysia, intrend malaysia, nvdism