Setiap anak pasti ingin membuatkan ibu bapanya gembira tidak kira apa jua keadaan. Walaupun jauh di mata dan tak dapat balik kampung gara-gara sekatan PKP, terdapat banyak saja cara untuk hargai mereka yang tersayang.
BACA:Â [VIDEO] Dari Zaman Muda Mengidam, Aliff Syukri Suprise Ibu Mentua Kereta Baru
Ayah dapat sebakul buah dan duit sebagai hadiah hari lahir…ada delivery girl buat kejutan
Menerusi TikTok, Sazarra Qaseh berkongsi detik membuat kejutan istimewa kepada bapa kliennya. Hadiah itu berupa sebakul buah-buahan dan beberapa keping wang kertas yang telah dihias cantik. Difahamkan, suprise itu diberi bersempena hari kelahiran si ayah di kampung oleh anak perempuannya.
Ucapkan terima kasih atas segala jasa & pengorbanan…minta ampun segala dosa yang dilakukan
Dalam pada itu, Sazarra Qaseh ada membacakan ucapan hari lahir daripada anaknya. Ucapan panjang itu mendoakan kesihatan ayah serta berterima kasih atas pengorbanannya selama ini. Anaknya juga sempat meminta ampun atas segala dosa. Ucapan itu membuatkan situasi di situ nampak suram manakala ayah kelihatan cuba menahan diri supaya tidak mengalirkan air mata.
@sazarraqaseh Sungguh bermakna dan berkat rezeki kita bila bahagiakan seorang insan bgelar bapa…
Setiap kali orang post pasal ayah mesti berair mata…macam mana orang baca ucapan boleh kuat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terut sedih mendengar ucapan si anak kepada bapanya. Mereka juga mendoakan agar lelaki ini dipanjangkan umur bersempena hari kelahirannya.
Sumber: TikTok farahahalyssa sazarraqaseh