Viral

Pernah Dihadiahkan Gelang Emas, Gadis Syukur Dilayan Baik Family Bakal Mentua

Pernah Dihadiahkan Gelang Emas, Gadis Syukur Dilayan Baik Family Bakal Mentua
Rasaflix

Sharing is caring!

Tidak dinafikan, ramai wanita risau terpaksa berdepan ragam keluarga mentua yang tidak mesra terima kehadiran mereka. Jika di awal perkenalan sudah rasa tidak diterima, mungkin lebih baik jika ia difikirkan semula sebelum berkahwin. Namun begitu, seorang gadis ini cukup beruntung dapat mengenali bakal mentua yang sangat baik.


BACA: [VIDEO] Siap Ajak Bercuti Sekali, Gadis Kamceng Habis Dengan Bakal Mak Mentua

Layan macam anak sendiri & hadiahkan seutas gelang tangan…keluarga gadis supporting raya sekali dengan family tunang

Menerusi perkongsian di TikTok, gadis yang mesra dikenali sebagai Amani Wahidah ini kelihatan tidak kekok untuk berinteraksi dengan bakal mentuanya walaupun masih berstatus tunang. Lebih menyeronokkan, Amani pernah dihadiahkan seutas gelang tangan emas bersempena hari jadinya oleh ibu lelaki berkenaan. Bukan sahaja dilayan bagaikan anak sendiri, malahan mereka turut akrab sehinggakan menyambut Aidilfitri bersama-sama. Dia juga menzahirkan rasa syukur kerana mendapat rezeki seperti ini.

@amani_wahidah

rezeki🤲❤️

♬ bunyi asal – Amani – Amani

Untungnya awak, inilah antara kebahagiaan wanita…hopefully dapat bakal mentua macam ni juga nanti

Secara keseluruhannya, video berkenaan meraih lebih 50 ribu tontonan dan rata-rata netizen meluahkan rasa ‘cemburu’ melihat hubungan rapat Amani bersama keluarga tunangnya. Di samping mendoakan kebahagiaan buat gadis itu, mereka turut berharap semoga bakal dikurniakan mentua baik suatu hari nanti.


Pernah Dihadiahkan Gelang Emas, Gadis Syukur Dilayan Baik Family Bakal Mentua

Pernah Dihadiahkan Gelang Emas, Gadis Syukur Dilayan Baik Family Bakal Mentua

Pernah Dihadiahkan Gelang Emas, Gadis Syukur Dilayan Baik Family Bakal MentuaSumber: TikTok & Instagram Amani Wahidah

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Pernah Dihadiahkan Gelang Emas, Gadis Syukur Dilayan Baik Family Bakal Mentua

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram