Keluarga

Dah Kahwin Tapi Semua Benda Ngadu Pada Mak, “Isteri Ada, Kenapa Tak Tanya”

Dah Kahwin Tapi Semua Benda Ngadu Pada Mak, “Isteri Ada, Kenapa Tak Tanya”
Rasaflix

Sharing is caring!

Berkahwin dengan suami yang ‘anak mak’ merupakan dilema yang sering menjadi igauan ngeri buat sesetengah isteri dan seboleh-bolehnya mahu dielakkan. Ketika bujang, perkara itu mungkin tak jadi masalah besar kerana anak tersebut menjalankan tanggungjawab yang baik serta prihatin terhadap orang tuanya. Tapi kalau sudah jodoh, kedua-keduanya perlulah mainkan peranan dalam rumah tangga agar tiada langsung pihak yang makan hati.


BACA : Cuak Nampak Budak Tengah Malam Di Kubur, Rupanya Nak Lepas Rindu Pada Mak

Bila dah berumah tangga…takkan semua keputusan yang kita nak buat perlu tanya mak?

Tak dinafikan bahawa bakti terhadap ibu bapa masing-masing selagi masih hidup adalah sangat dituntut. Namun saudara Firdaus Shakirin ini mempersoalkan sampai bila sesetengah suami zaman sekarang yang terlalu bergantung pada mak masing-masing. Hal ini kerana, takkanlah setiap serba-serbi kehidupan perlu minta keputusan daripada mak.

Dah Kahwin Tapi Semua Benda Ngadu Pada Mak, “Isteri Ada, Kenapa Tak Tanya”

Dah Kahwin Tapi Semua Benda Ngadu Pada Mak, “Isteri Ada, Kenapa Tak Tanya”
Gambar sekadar hiasan

Kan boleh tanya isteri…tunjuk dekat mak kita dah matang & tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri

Terang pemuda ini, para suami sepatutnya perlu letakkan kepercayaan terhadap isteri yang juga berperanan penting dalam rumah tangga. Selain itu, dia turut menyarankan kelompok ‘anak mak’ supaya berdikari serta bijak buat keputusan sesuai dengan usia yang kian dewasa dan matang. Jika perkara ini dijaga sebaiknya, jelasnya maka barulah sesebuah perkahwinan itu akan harmoni sentiasa.


Dah Kahwin Tapi Semua Benda Ngadu Pada Mak, “Isteri Ada, Kenapa Tak Tanya”

 

Dah Kahwin Tapi Semua Benda Ngadu Pada Mak, “Isteri Ada, Kenapa Tak Tanya”
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Facebook Firdaus Shakirin

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Dah Kahwin Tapi Semua Benda Ngadu Pada Mak, “Isteri Ada, Kenapa Tak Tanya”

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram