Dalam keterujaan menyambung pelajaran ke peringkat institusi tinggi, memang tidak dapat dinafikan ia sebuah pengalaman yang cukup menggembirakan apalagi dapat menemui sahabat baru daripada pelbagai negeri. Namun begitu, perasaan homesick sudah pasti membelanggu diri khususnya buat mahasiswa yang belajar jauh daripada keluarga. Bukan sahaja kekangan masa, malahan kos belanja bagi membeli tiket perjalanan juga membuatkan seseorang terpaksa menahan diri daripada pulang ke rumah.
BACA :Â Viral Video Ikat Seluar Jadi Pelampung Elak Tenggelam, Netizen Risau Benda Lain
Kata nak balik 20 hari bulan…Kenapa hang tipu?
Namun bagi seorang gadis ini, lain pula yang terjadi apabila dia berusaha untuk membuat kejutan istimewa buat keluarganya beberapa hari lalu. Difahamkan, dia yang kini menyambung pengajian di Sabah telah pulang ke rumahnya pada tarikh lebih awal tanpa pengetahuan ibu atau ayahnya sendiri. Detik bahagia tersebut dikongsikan sendiri menerusi Twitternya sehingga berjaya meraih ribuan retweet.Â
https://twitter.com/Elieneanissaoma/status/1210747319949221890?s=19
Meluru keluar nak ‘hempuk’ pakai tudung saji
Namun begitu, detik bahagia berkenaan bertukar lucu apabila ibu serta ayahnya dilihat terkejut besar dan seolah-olah sukar mempercayai kepulangan tersebut. Tatkala si ayah terpinga-pinga melihat kelibat anaknya sendiri, si ibu yang berada dalam rumah terus meluru keluar sambil membawa sebuah tudung saji manakala tangan sebelahnya masih memegang semangkuk sos keropok lekor. Mungkin terlalu terkejut dengan situasi itu, dia gagal menahan gembira sebelum memeluk anak gadis yang sangat dirinduinya selama ini.
Nak nangis pulak tengok macam ni
Tidak sekadar mendapat jumlah tontonan mencecah ratusan ribu, malahan kebanyakan netizen sungguh gembira melihat kejutan dalam video berkenaan. Selain itu, mereka sempat juga berkongsikan pengalaman sama dalam membuat kejutan istimewa kepada keluarga masing-masing sebelum ini.
Sumber : Twitter Elieneanissaoma