Viral

[VIDEO] Beranak Dalam Perahu Waktu Banjir, Ibu Namakan Anak Siti Noor Banjiriah

[VIDEO] Beranak Dalam Perahu Waktu Banjir, Ibu Namakan Anak Siti Noor Banjiriah
Rasaflix

Sharing is caring!

Setiap ibu bapa pasti sudah mempunyai perancangan nama yang sesuai untuk anak yang bakal dilahirkan. Ada yang gemar memberikan nama yang pelik serta panjang berjela kepada si kecil berkenaan. Tapi ada juga sesetengah daripadanya memberikan nama berdasarkan satu kejadian yang berlaku dalam hidup mereka.


BACA: [VIDEO] Gaya Macam Filem Titanic, Pemuda Selamba Tidur Atas Tilam Redah Banjir

Namakan anak Siti Noor Banjiriah..Ibu rasa nak bersalin waktu rumah dilanda banjir

Samalah juga dengan seorang bayi di Indonesia yang telah pun dinamakan sebagai Siti Noor Banjiriah. Bayi seberat 3.3 kilogram tersebut telah pun dilahirkan ibunya, Ernawati sewaktu rumah mereka di Kalimantan dilanda banjir besar. Si ibu yang waktu itu sudah merasa seperti mahu bersalin ingin ke sebuah pusat perubatan terdekat namun jalan darat sudah pun mula dinaiki air.

[VIDEO] Beranak Dalam Perahu Waktu Banjir, Ibu Namakan Anak Siti Noor Banjiriah

Mujur ada dua bidan kampung tolong..Bukaan dah dah besar, tunggu waktu saja

Lalu wanita berkenaan menaiki perahu sebelum merasakan bayinya hendak keluar. Berbekalkan bantuan dua bidan di kampung tersebut, si kecil itu selamat dilahirkan di dalam sebuah perahu. Salah seorang bidan yang dikenali sebagai Arfat mengatakan, bukaan rahim Erna pada waktu itu cuma menunggu masa untuk beranak. Menerusi portal Tribunnews, si ibu meluahkan rasa bersyukur dengan pertolongan orang kampung yang telah membantunya.


Sumber: Portal Tribunnews & Facebook Ponk Burger 

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Beranak Dalam Perahu Waktu Banjir, Ibu Namakan Anak Siti Noor Banjiriah

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram