Viral

[VIDEO] Bayi Tak Nak Menyusu Sebab Mak Tiada, Ayah Perdaya Guna Taktik Genius

[VIDEO] Bayi Tak Nak Menyusu Sebab Mak Tiada, Ayah Perdaya Guna Taktik Genius
Rasaflix

Sharing is caring!

Hubungan anak dan ibu memang tidak dapat dinafikan eratnya. Apalagi setelah dilahirkan, bayi akan berada di sisi ibu sepanjang masa. Kadangkala, bayi menjadi terlalu clingy sehingga enggan melepaskan ibunya. Bahkan apabila tiba waktu menyusu, mereka mula melalak sekiranya bukan ibu yang memberikan botol susu. Demikianlah situasi yang dihadapi oleh seorang bapa dari luar negara ini. Videonya gigih memberikan susu kepada bayinya mula menjadi viral di Twitter.

BACA : [VIDEO] Asyik Nangis Tak Menyabar, Bapa Ini Gigih Ajar Bayinya Cara Bancuh Susu

Dad of the year

Mula dikongsikan sejak 18 November lalu, rakaman berdurasi 8 saat berkenaan sudah pun meraih 67 ribu jumlah retweet serta hampir 5 juta tontonan daripada netizen. Menurut bapa berkenaan, anaknya enggan menyusu kerana si ibu tiada di sisi. Siapa menyangka dalam kedaan tersebut, si ayah terfikir untuk membuat sebuah trick yang begitu berkesan.

Mak dia takde dan bayi ni pula tak nak hisap botol susu. Jadi saya terpaksa perdayakan dia. Ini sangat lucu. Saya nak nangis. 

Terpedaya dengan trick botol susu dalam baju

Trick yang dimaksudkan adalah meletakkan botol susu di dalam baju dan hanya mengeluarkan bahagian putingnya untuk diberikan kepada bayi tersebut. Walaupun nampak pelik tapi, namun cara seperti ini boleh disifatkan sebagai bijak dan jarang kita lihat sebelum ini. Lebih melucukan lagi, bayinya seolah-olah terpedaya dan mula menyusu dengan tenang sekali.


[VIDEO] Bayi Tak Nak Menyusu Sebab Mak Tiada, Ayah Perdaya Guna Taktik Genius

Mula-mula dia nampak curiga tapi akhirnya minum juga…Comelnya

Menjengah ke ruangan komen, netizen nampaknya sangat terhibur dan kagum dengan helah genius yang digunakan oleh bapa berkenaan. Tidak ketinggalan, mereka juga merasakan wajah curiga yang ditunjukkan oleh bayi tersebut ketika menghisap susu begitu lawak.

[VIDEO] Bayi Tak Nak Menyusu Sebab Mak Tiada, Ayah Perdaya Guna Taktik Genius [VIDEO] Bayi Tak Nak Menyusu Sebab Mak Tiada, Ayah Perdaya Guna Taktik Genius [VIDEO] Bayi Tak Nak Menyusu Sebab Mak Tiada, Ayah Perdaya Guna Taktik Genius [VIDEO] Bayi Tak Nak Menyusu Sebab Mak Tiada, Ayah Perdaya Guna Taktik Genius

[VIDEO] Bayi Tak Nak Menyusu Sebab Mak Tiada, Ayah Perdaya Guna Taktik Genius
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter SJPeace

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Bayi Tak Nak Menyusu Sebab Mak Tiada, Ayah Perdaya Guna Taktik Genius

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram