Viral Inspirasi

[VIDEO] Bagai Pembaca Berita, Pelajar Malaysia Juara ‘Korean Speech Contest’

[VIDEO] Bagai Pembaca Berita, Pelajar Malaysia Juara ‘Korean Speech Contest’

Sharing is caring!

Semestinya memiliki kemahiran bertutur dalam Bahasa Korea menjadi idaman ramai Kpopers. Bukan mudah untuk seseorang itu menjadi fasih berbahasa Korea dan akan mengambil masa lama untuk mempelajarinya. Walau bagaimanapun, usaha seorang pelajar Malaysia ini ternyata membuahkan hasil.

BACA: [VIDEO] Isteri Korea Ngadu Lapar, Suami Terkedu Dengar Ayat Melayu Yang Disebut

[VIDEO] Bagai Pembaca Berita, Pelajar Malaysia Juara ‘Korean Speech Contest’

Belajar selama 2 tahun setengah di US, terangkan pasal lightstick persis pembaca berita

Seorang pelajar bernama Izzat Zuhailee Abd Hamid telah memenangi tempat pertama dalam Korean Speech Contest tahap Intermediate/Advanced. Dia kini sedang belajar di University of California, Berkeley dan telah mempelajari Bahasa Korea selama 2 tahun setengah. Dalam video yang dihantar untuk pertandingan tersebut, pelajar berkenaan menerangkan mengenai penggunaan lightstick di kalangan peminat K-Pop. Lebih menarik lagi, cara penyampaiannya persis pembaca berita kerana kelancarannya bertutur dalam bahasa itu.


Ucapkan rasa syukur dalam Korean bila menang

Terang Izzat, institusi pengajian yang menganjurkan event itu ialah King Sejong Institute. Tambahnya lagi, duta institusi berkenaan adalah di kalangan artis K-pop yang terkemuka termasuklah Lee Min-ho. Pemuda ini turut merakamkan saat dirinya dinobatkan juara pertandingan tersebut menerusi atas talian dan meluahkan rasa syukur dalam Bahasa Korea.

Macam tengok berita Korea betul-betul je… Bangga betul bila tengok

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa bangga terhadap pelajar ini. Selain itu, ada juga antara mereka menjadikan Izzat sebagai inspirasi untuk menyambung pengajian di Korea pula.

[VIDEO] Bagai Pembaca Berita, Pelajar Malaysia Juara ‘Korean Speech Contest’

[VIDEO] Bagai Pembaca Berita, Pelajar Malaysia Juara ‘Korean Speech Contest’


[VIDEO] Bagai Pembaca Berita, Pelajar Malaysia Juara ‘Korean Speech Contest’

[VIDEO] Bagai Pembaca Berita, Pelajar Malaysia Juara ‘Korean Speech Contest’

Sumber: Twitter Izzu


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Bagai Pembaca Berita, Pelajar Malaysia Juara ‘Korean Speech Contest’

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram