Kebiasaannya, golongan pengantin lelaki pasti berasa gugup dan berdebar apabila tiba pada hari pernikahan mereka. Akan tetapi, ramai sebenarnya tak tahu bahawa bapa pengantin perempuan juga berdepan situasi tersebut tatkala menggalas tanggungjawab sebagai wali nikah.
BACA: Mengejutkan, Keluarga Pengantin Wanita Terkorban Akibat Kluster Kenduri Kahwin
Ayah nyaris buat hal tarik diri jadi wali…takut ulang silap sama
Pengguna TikTok bernama Aisya throwback detik lucu apabila bapanya nyaris tarik diri daripada menjadi wali waktu pernikahnnya pada tahun lepas. Hal ini kerana dia dikatakan masih takut apabila terpaksa mengulangi akad lebih 5 kali pernikahan adiknya sebelum ini.
Memang tak nak orang lain jadi wali…akhirnya ayah akur & semua berjalan lancar
Gara-gara itu, Aisya berseloroh hampir menghentakkan kakinya di atas pelamin sebagai tanda protes. Namun sebaliknya dia tegaskan kepada jurunikah bahawa tak mahu orang lain kecuali bapanya sebagai wali. Akhirnya, dia akur dengan permintaan tersebut dan Aisya selamat bergelar isteri pada hari bersejarah itu.
@aisyajway he’s my first and forever boyfriend ❤️ thank you for everything, ayah 🥺❤️ #dad #akadnikah #marriage #foryou
Terikut menangis pula bila tengok ni… Bagus ayah awak tetap layan permintaan anak dia
Video berdurasi 58 saat berkenaan meraih lebih 24 ribu tontonan setakat ini. Selain berseloroh dan memuji kecantikan Aisya pada hari penuh bermaknanya, ramai juga akui berasa sedih apabila menonton rakaman tersebut. Aisya turut akui berasa sebak apabila melihat wajah bapanya ketika itu.
Sumber: TikTok Aisya J Way , IG Aisya J Way