Sejak kebelakangan ini, kita dapat lihat negara Malaysia sering dituruni hujan dalam masa yang lama. Ia sangat merisaukan terutamanya bagi pasangan raja sehari. Mereka perlu bersiap sedia akan segala perkara seperti banjir yang mungkin terjadi pada musim ini.
BACA:Â Siap Mandi Janji Nak Keluar, Anak Terus Menangis Bila Teringat Ayah Sudah Tiada
“This video I recorded before the akad nikah”
Video yang dikongsi oleh oohlysa di laman Tiktok beliau telah mempamerkan seorang ayah sedang mengangkat anaknya yang merupakan raja sehari mengundang sebak netizen. Situasi itu berlaku apabila hujan sedang turun di kawasan rumah majlis tersebut dan bapanya tidak sanggup melihat anak perempuan beliau itu basah ketika menuju ke jinjang pelamin. Kelihatan pengantin perempuan itu menitiskan air mata sebagai tanda menghargai perjuangan bapanya itu.
Bunga mana bunga..
Lagi menyayat hati adalah apabila bapa pengantin itu sanggup berpatah balik untuk mengambil bunga buat anaknya itu. Selepas menghantar pengantin ke khemah, bapanya meredah semula hujan dan lecak yang ada itu hanya untuk mengambil sejambak bunga.
Siapa je tak nangis ayah sendiri angkat time nikah
Kebanyakkan netizen sebak dengan perkara yang dilakukan oleh bapa tersebut. “Siapa je tak nangis ayah sendiri angkat time nikah”. Ramai juga yang kembali mengingati momen terakhir diangkat oleh bapa mereka adalah semasa kecil dahulu. Selain itu, ada juga komen yang menyayat hati di mana bapa mereka telah pulang kepada penciptaNya.
https://www.tiktok.com/@oohlysa/video/7206538991082982682?_r=1&_t=8aMWcgC4cy1
Kredit: Tiktok oohylysa