Seperti diketahui umum, antara kucing yang sering membuat hal sekali adalah berwarna oren atau lebih dikenali dengan nama ‘Si Oyen’. Walaupun wajah haiwan ini kelihatan comel, tetapi jangan tertipu dengan penampilannya itu. Bukan pertama kali, video kenakalan haiwan berbulu ini sudah banyak kali viral dan dimuat naik ke pelbagai platform media sosial termasuklah video di luar negara ini.
BACA:Â [VIDEO] Seronok Berlari-Lari Dengan Anjing Jalanan, Rupanya Pertemuan Terakhir
Anjing laut tiba-tiba buat bunyi annoying…bila ditampar Oyen terus tampar merajuk masuk air semula
Baru-baru ini tular di laman Twitter tentang gelagat ‘si bulus’ tersebut di bersama salah seekor anjing laut. Apabila ia tiba-tiba mengeluarkan bunyi daripada mulutnya, Si Oyen tiba-tiba menampar anjing laut tersebut. Tak padan dengan bersaiz badan lebih kecil, kucing tersebut langsung tidak takut untuk melawan haiwan yang berkali-kali ganda lebih besar padanya. Akibat perbuatan spontan tersebut, anjing laut itu senyap dengan serta merta dan masuk ke dalam air kerana merajuk ditampar kucing.
Jangan main dengan oyen pic.twitter.com/l9jbQRyWBL
— Nimelesh (@HausofHilton) January 21, 2021
Menyampah la asyik Oyen je menang…dah terbukti kucing warna oren memang legendÂ
Rakaman yang berdurasi 11 saat itu telah berjaya meraih 8 juta retweets setakat ini. Bukan saja terhibur melihat gelagat kedua-dua haiwan itu, rata-rata netizen malah beranggapan kucing berwarna oren memang sentiasa berani dan takkan kalah dalam apa jua situasi dilakukannya.
Sumber: Twitter HausofHiltonÂ
Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura
Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.
![Kisah Dunia [VIDEO] Anjing Laut Buat Bising, Oyen Tampar Terus Terdiam & Merajuk Masuk Air](https://erinsakura.com/wp-content/uploads/2020/06/erinsakura.com-f684de1403acaf4a56f6d688703eb6e8.jpg)